Esok, Isnin, bersamaan 31 Januari 2011, satu demontrasi aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Mesir sebagai tanda membantah dan solidariti bersama rakyat Mesir yang ketika ini sedang bangkit menurunkan regim Hosni Mubarak di negara tersebut.
Dalam satu SMS Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi, Mohamad Sabu kepada saya jam 3.46 petang tadi, memberitahu demontrasi aman itu dilangsungkan jam 11 pagi di Kedutaan Mesir beralamat No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.
Ia akan diketuai sendiri Sdra. Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Arul, Setiausaha Agung PSM dan badan-badan bukan kerajaan. Orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan sokongan pada kepada rakyat Mesir yang inginkan perubahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan