KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Risiko bayar gantirugi 1.5 juta isu lelong tanah: Teruknya calon BN masa jadi ADO



Kerajaan negeri Johor terdedah dengan risiko tinggi terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM1.5 juta akibat penyalahgunaan kuasa oleh calon BN, Azahar Ibrahim ketika menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.  

Ekoran penyalahgunaan kuasa itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyarankan beliau menarik diri dalam Pilihan Raya Kecil Dun Tenang kerana mempunyai rekod buruk menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat. Katanya, Azahar dikenali sebagai 'Tok Ai' telah melelong tanah Mansor Mohamad secara tidak sah pada 1 Disember 2003 dengan harga RM RM 70,000 dengan ukuran tanah seluas lapan ekar. 

Beliau berkata, bagaimana Azahar menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa mengendalikan hartanah Mansor, pembeli tanah tersebut telah mengambil tindakan undang-undang.

Menurut beliau, pembeli tanah yang dilelong, Norhana Mohd Ali telah menyaman Azahar; Pentadbir Tanah  Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Beliau berkata, calon BN itu telah dijadikan defendan pertama dan kes tersebut telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No : 23-14-2009. Katanya, Mahkamah Tinggi Muar telah menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana terhadap Azahar dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011.

Dalam kes tuntutan Norhana tambah beliau Azahar diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan itu jelas menunjukkan sekali lagi beliau tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat Dun Tenang tetapi kepada Umno-BN. Fakta itu juga tambah beliau menunjukkan bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa Azahar sebagai Penolong Pentadbir Tanah  Daerah Segamat belum selesai, malah kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di Mahkamah. 

Beliau mempersoalkan mengapa Azahar masih enggan bersikap telus serta berterus terang kepada para pengundi Dun Tenang dan mengakui isu kecuaian dan kelalaian melelong hartanah rakyat masih belum selesai di Mahkamah. Katanya, bagaimana calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM 1.5 juta daripada Norhana masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat Dun Tenang .

Beliau menegaskan, penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan kerajaan negeri Johor terdedah dengan risiko tinggi iaitu kemungkinan akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM 1.5 juta.  "Jika ini yang berlaku bukankah wang rakyat negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi 1.5 juta tersebut," tegasnya.

Tiada ulasan: