Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan bermesyuarat pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lalu berhubung kekosongan kerusi itu. Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.
"Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," katanya dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan