KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Sidang Dun 24 Januari: Temberang, gelembong, hipokrit Umno sokong Istana terdedah!



Kegagalan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 khususnya kepada Perkara 52(1) membuktikan Umno sebenarnya tidak menghormati Istana dan parti itu terus menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan. Menteri Besar, Tan Sri Khalid berkata, tuduhan Umno Pakatan Rakyat membelakangi Sultan dalam pindaan perlembagaan 24 Januari lalu, tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali.

"Memandangkan kedaulatan Raja-raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan dulu perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-raja Melayu sejak awal 1980-an lagi," dedahnya.

Secara ringkas, tegas beliau, "Krisis Perlembagaan 1983" berlaku akibat tindakan pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Katanya, Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja.

Bagaimanapun, para pemimpin utama (Umno) ketika itu melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-raja, bongkar Khalid. Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas dilihat dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada 1983, 1993 dan kini, 2011.

Adun Ijok itu juga menjelaskan, sidang Dun 24 Januari lalu, membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-raja kerana belang mereka telah terbongkar. Beliau berkata, walaupun Pakatan Rakyat tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dun telah menyokong. Usul itu mendapat sokongan 34 anggota dari Pakatan Rakyat manakala 20 wakil rakyat BN mengambil pendirian tidak menyokong.

"Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengenepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme atau bertemu setengah jalan, kerajaan negeri akan berusaha memastikan pentadbiran negeri akan terus dijalankan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat Selangor," katanya lagi.

Lima wakil rakyat penyokong kerajaan membahaskan rang undang-undang itu iaitu Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali; Adun Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei; Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Kota Alam Shah, M  Manoharan. Pihak pembangkang pula, diwakili Adun Sri Serdang, Dato' Satim Diman; Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak; Adun Sungai Burong; Dato' Shamsudin Lias dan Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus.

Tiada ulasan: