Wakil Kedutaan Mesir enggan membenarkan sekumpulan wakil NGO dan parti pembangkang menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara itu. Pagar dikunci dan tiada rundingan dilakukan. Mohad Sabu, Dr. Nasir Hashim, Arul, Tian Chua menunggu sehingga jam 12 tengahari, tyetapi wakil duta enggan menerima memorandum berkenaan.
Akhirnya, memorandum itu dimasukkan secara beramai-ramai oleh wakil-wakil yang hadir ke peti surat pintu pagar kedutaan tersebut. Satu sidang media diadakan sebaik memeorandum itu dimasukkan ke dalam peti surat. Arul membacakan kandungan memorandum dan diikuti ucapan Dr. Syed Azman dan Mohd Sabu. Bacaan doa oleh Ustaz Nasruddin Hassan mengakhiri demontarsi aman di hadapan kedutaan Mesir itu.
Kira-kira jam 11 pagi tadi, sekumpulan NGO dan parti pembangkang berarak ke Kedutaan Mesir di Jalan Amnpang Hilir, mengadakan bantahan bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Hosni Mubarak turun dari tampuk kuasa.
Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ, sambil melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpin Mesir dengan lambang Zionis di dahi. Terdiri dari anak-anak muda dan beberapa wanita.
Kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu daripada PAS itu, berunding dengan kira-kira 50 anggota polis dan FRU - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - bagi menghalang kumpulan berkenaan masuk untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.
Sehingga jam 11.30 pagi, jumlah penunjuk perasaan bertambah. Antyara pemimpin utama yang hadir, AJK PAS Pusat, Mohd Sabu; Presiden PRM, Dr. Nasir Hashim; Setiausaha PSM, Arul; AJK PAS Pusat, Syed Azman Syed Nawawi; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Adun Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustafa; Wakil Jerit, E, Nalini; Presiden JIM, Zaid Kamaruddin; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh; Ketua Pemuda PAs Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan; Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Noor; Adun Lundang, Ustaz Baihaqi Atiqullah; MP Balik Pulau, Yusmadi dan ramai lagi.
Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak. Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".
Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak. Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan