KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Tak mahu undi usul: Ketua Pembangkang BN anggap Kerajaan Selangor "syok sendiri"


Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman - ketika membahaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri - mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'. Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan bermotifkan politik.

Menurutnya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan Menteri Besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan, lapor Malaysiakini.

Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua pembangkang itu turut mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari. Teng bagaimanapun, menegur kembali Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Tiada ulasan: