KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Dilarang masuk: Adun Pelabuhan Klang terpaksa duduk di bilik media 20 minit kemudian balik


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang kerusinya diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Rabu lepas, hari ini dilarang menyertai persidangan khas dewan itu.

Beliau yang tiba pada pukul 9.35 pagi, tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika sidang bermula setengah jam kemudian oleh anggota keselamatan yang memaklumkan kepadanya mereka menerima arahan daripada Speaker Datuk Cheng Chang Khim. Bagaimanapun, Badrul Hisham dibenarkan memasuki dewan selepas meminta kebenaran untuk menghadiri sidang DUN itu sebagai pemerhati tetapi terpaksa duduk di bilik media setelah mendapati ruang pemerhati penuh. Beliau meninggalkan bilik media kira-kira 20 minit kemudian, lapor Bernama.

Pada sidang media di luar dewan selepas itu, Badrul Hisham berkata, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah selagi tidak menerima keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan beliau mengosongkan kerusi tersebut.

Tiada ulasan: