KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Taktik Umno rampas Selangor: Cuba jadikan Raja Berperlembagaan sebagai Raja Mutlak


Hampir dua tahun kerajaan katak bertahan di Perak. Misteri kematian Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir dengan keputusan "open verdict" selepas 18 bulan.  Kini, Selangor pula dilanda krisis perlembagaan, di mana "perisik" diletakkan secara terang-terang dalam kerajaan negeri.  Ketiga-tiga kejadian ini menjurus kepada satu persoalan: Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?

Dalam kejadian pertama, kerajaan yang ditubuh dengan undi rakyat tumbang kerana ADUN katak.  Sultan sebagai simbol dalam sistem raja berperlembagaan enggan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.  Maka terbentuknya kerajaan palsu di negeri Perak, yang dijayakan ADUN katak.

Dalam peristiwa kedua, untuk "mengorek kesilapan" kerajaan negeri Selangor, SPRM sanggup menyoal-siasat seorang saksi bernama Teoh Beng Hock selama 11 jam, dalam kes pembelian bendera yang melibatkan kos hanya RM2400.  

Jentera negara telah meragut nyawa - Sama ada membunuh, tersalah bunuh ataupun bunuh diri kerana tekanan. Namun, tiada orang yang memikul tanggungjawab politik, pentadbiran, jenayah sekian lama peristiwa ini berlaku - cuba lepas tangan dengan satu penghakiman "open verdict", dedah Wong Chin Huat seorang pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview

Kini, untuk menekan kerajaan negeri Selangor, hulubalang UMNO pula mengheret institusi Raja, meniru apa yang dilakukan ketika rampasan kuasa Perak pada tahun 2009.  UMNO cuba menjadikan sistem kita dari sistem raja berperlembagaan kepada sistem raja mutlak.

Jelas, Najib cuba mengubah peraturan permainan - menjejaskan sistem raja berperlembagaan, federalisme, dan kerajaan yang dipilih rakyat. Najib pernah berikrar secara terbuka, bahawa Putrajaya akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi.  Dan kita harus ingat, "Program Transformasi Kerajaan"-nya tidak menjanjikan sebarang reformasi dalam sistem politik.

Tiada ulasan: