KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 25, 2011

Mahfuz dan Salahuddin beri taklimat: Seramai 30 blogger bentuk team media "gempur" PRU-13



Seramai 30 Blogger PAS dari seluruh negara hadir dalam satu pertemuan dengan dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Khamis 20 Januari,  jam 3 petang di Kolej Islam Zulkifli Muhamad atau KUIZM, dekat Taman Melewar.

Pertemuan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat itu bertujuan membentuk team media bagi mengerakkan kumpulan blogger PAS yang tegar, efisyen dan pantas dalam menerangkan dasar-dasar parti serta bijak menjawab balik tuduhan dan tohmahan musuh-musuh terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertindak selaku moderator pertemuan tersebut. Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang dengan beberapa resolusi yang perlu diambil tindakan segera. Menurut Mahfuz, ia sebagai persediaan dan persiapan PAS menghadapi pilihan raya umum (PRU-13) yang dijangka seawal-awalnya pada bulan Jun ini. 

Sementara itu, Salahuddin dan Ustaz Idris berharap, kumpulan blogger PAS ini mampu memainkan  peranan yang cekap dalam memasarkan idea dan pandangan PAS serta menangkis serangan pihak Umno-BN sepanjang masa.

Tiada ulasan: