Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dibidas kerana hujah dangkalnya dan sikap dolak-dalik Umno dalam isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, sebenarnya mencerminkan ketidakwibawaan parti itu.
Menegaskan perkara ini, Yang DiPertua PAS Batu, Haji Ishak Surin menyifatkan kegagalan mendapatkan majorioti suara Dun, yang sememangnya diketahui dan ditempah oleh Pakatan rakyat Selangor, bertujuan bagi "menelanjangkan" sikap hipokrit atau munafik Umno dalam mempertahankan Tuanku Sultan.
Katanya, MB Besar sengaja mengadakan Sidang Dun berkenaan untuk melihat sejauh mana sikap dan pendirian sebenar Umno dalam memperjuangkan hak Tuanku Sultan di Selangor, yang sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor Umno ditonjolkan sebagai hulubalang Istana dan Pakatan sebagai "penderhaka".
Ishak berkata, Muhyiddin tidak perlu mecari 1001 alasan. Sidang Dun 24 Januari itu telah "membogelkan" Umno dan kepimpinannya terhadap institusi Raja-raja Melayu termasuklah pendedahan kronologi sejarah penentangan Umno terhadap mereka sejak Krisis Perlembagaan 1983 lagi.
Semalam Muhyiddin berkata, seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan. Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.
"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini malam ini. Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak "politicking" di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata, ia berpunca daripada tindakan pembangkang.
Mengulas lanjut, Ishak setuju dengan pendapat Muhyiddin, kerana yag menjadi punca "politicking" akibat permainan pembangkang. Cumanya Muhyiidn gagal menjelaskan siakah pembangkang di Seloangor kalau bukannya Umno dan BN.
Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan