KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Umno lawan usaha kembalikan kuasa Sultan tercatat di dalam 'handsard'



Walaupun sudah dijangka Dun Selangor gagal meluluskan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri, bagaimana pun sidang tergempar itu berjaya melakar sejarah bahawa Umno-BN menolak usaha  kerajaan Pakatan Rakyat mengembalikan kuasa Sultan.

"Kepincangan yang berlaku pada hari ini di mana saudara-saudara yang menolak usul ini akan dikenang dalam sejarah negara. Semua yang berlaku pada hari ini tercatat di dalam 'handsard'. Keterlaluankah kami apabila kami mahu kembalikan hak Sultan dan negeri. Adakah derhakanya kami jika kami mahu kembalikan kedaulatan negeri. Derhakakah mereka (barisan pembangkang) jika menolak pindaan ini?" tanya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakhiri ucapannya diikuti tepukan daripada Adun-adun Pakatan Rakyat. 

Beliau berkata, undang-undang yang ada dalam enakmen negeri Selangor amat jelas menunjukkan kuasa Raja-raja Melayu ditarik balik pada tahun 1993. "Perkara inilah yang cuba diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang sudah lama dikuburkan oleh Umno-BN, yang sekali-kalinya tidak akan mengubahnya," tegasnya.

Berucap dalam sesi penggulungan Sidang Dun tergempar 24 Januari baru-baru ini, Khalid berkata, walaupun barisan pembangkang (BN) menolak usul itu beliau akan berusaha untuk mengembalikan kuasa Sultan melalui kehakiman. Khalid menegaskan, mereka masih berpendapat Sultan Selangor dan Menteri Besar berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan tiga Ex-Officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Di awal sesi perbahasan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Satim Diman mengambil pendirian tegas tidak menyokong usul tersebut yang dibawa oleh Abdul Khalid. Antara alasan yang dikemukakan, BN terdahulu tidak pernah mengenepi dan membelakangkan DYMM Sultan Selangor sejak pindaan dibuat tahun 1993. Pada sidang tersebut, dewan memerlukan dua pertiga, iaitu 38 sokongan dari 56 Adun sedangkan Pakatan Rakyat hanya mempunyai 35 kerusi sahaja dan BN, 21 kerusi.

Tiada ulasan: