KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 30, 2011

Sehingga 6.53 petang.: BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533


Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini. Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini. Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang Asli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Keputusan PRK Tenang : Sehingga 6.53 pm.

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692
6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67
6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207
6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365
6.31pm: SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.
6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.
6.22pm: Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.
6.15pm: Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.
6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1

Tiada ulasan: