"Kalau orang Labis tahu menjaga maruah Umno Labis, mereka perlu mengalahkan calon BN Mohd Azahar ini kerana dari hampir 90 Ahli Jawatankuasa Umno, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Labis, mustahil tidak ada seorang pun yang layak di ketengahkan," kata seorang pemimpin Umno peringkat bahagian yang enggan dikenali.
Laluan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Labis tidak mudah yang disangka apabila ramai pemimpin dan pengikut calon-calon yang disebut-sebut, kecewa kerana orang harapan mereka "dipancung" oleh Pengerusi Umno Johor, Dato' Seri Abdul Ghani Othman dengan alasan yang tidak munasabah.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon BN Dun Tenang dalam PRK 30 Januari depan, yang juga bekas Bendahari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labis.
Menurut sumber, Ghani tidak berminat mencalonkan Pemangku Ketua Bahagian, Rusdin Mahmud kerana beliau bukan anak Labis, dilahirkan di Negeri Sembilan, manakala Naib Ketua Bahagian, Hashim Daud yang juga merupakan bapa saudara kepada Mohd Azahar sudah tua, berusia 63 tahun dan seorang pesara guru.
"Itu bukan alasannya. Sesiapa yang tidak dilahirkan di Johor, atau tidak dilahirkan di kawasan tertentu, tidak layak untuk dicalonkan walaupun dia seorang pemimpin di peringkat Umno bahagian. Ini memalukan kami," kata pemimpin itu lagi. Sebenarnya, Rusdin adalah calon yang paling layak bertanding di Dun Tenang dalam PRK 30 Januari ini. Tetapi, beberapa pihak cuba mensabotajnya kerana beliau bukan anak kelahiran Labis.
"Kalau PAS mencalonkan calon lelaki, BN mahu mencalonkan calon Wanita, Haslinda Salleh. Tetapi, disebabkan PAS mencalonkan Cikgu Normala Sudirman, BN takut mahu mencalonkan Ketua Wanitanya yang terlalu banyak kelemahan jika dibandingkan dengan Cikgu Normala," kata pemimpin Umno itu lagi.
"Apakah jika pengundi di Dun Tenang menolak calon BN ini pada 30 Januari depan, Kerajaan Johor akan tumbang? Tentulah jawapannya tidak. Oleh itu, gunakanlah kuasa undi masing-masing untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan Umno Bahagian Labis dengan mengalahkan Mohd Azahar dan memenangkan Cikgu Normala dari PAS," katanya benar-benar berang dengan permainan licik Menteri Besar Johor itu.
Pemimpin Umno itu berkata, mereka yang terlibat dengan Umno di Labis kena sedar diri bahawa keringat mereka selama ini, mengekalkan Tenang dan Labis sebagai kubu kuat BN rupa-rupanya tidak dihargai oleh Najib, Muhyiddin dan Ghani dengan menegaskan Tenang memerlukan anak tempatan untuk dicalonkan.
Ekoran kekecohan dan rasa tidak puashati itu, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili BN kononnya berjanji akan memberi sokongan padu kepada Azahar. Dalam PRU lalu, calon PAS, Mohd Saim Siran mendapat 3,875 dan Sulaiman Taha (BN) 6,367 dengan majoriti undi sebanyak 2,492.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan