KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Sikap "munafik" Umno kelas atasan: Umno "DERHAKA" lagi - tak setuju kembalikan kuasa Sultan lantik SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang


Memang jenis "putar alam" dan "munafik". gaya perjuangannya untuk mendokong Tuanku Sultan. Tetapi tidak bersetuju pula Pakatan Rakyat  mahu mengembalikan kuasa melantik SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang kepada Baginda Sultan dan MB. Yang pinda undang-undang ini dulu ialah Umno di bawah rejim Tun Mahathir Mohamad selaku Presiden parti. Maka berkuasalah Pusat dan tidak berkuasakan Baginda Sultan dalam hal ini termasuklah MB.

Tetapi, tanpa malu dan maruah, lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) hari ini (dibaca: juak-juak Umno) berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, untuk menyerahkan memorandum bantahan Usul Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Bantahan itu dibuat sempena sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang diadakan hari ini.

Kumpulan NGO berkenaan yang disertai antaranya Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 10.30 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer. Kumpulan ini, bukan  memperjuangkan untuk Ketuanan Melayu atau Ketuanan Sultan sangat, tetapi mahu memenuhi agenda politik sempit mereka. Sebab itu itu, kononnya dilihat sebagai pejuang Istana dan Melayu, tetapi akhirnya muncul dan dapat dilihat dengan jelas sikap "munafik" terlekat pada perjuangan yang sia-sia itu. 

Wakil kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyerahkan memorandum berkenaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung Datuk Mohd Shamsudin Lias. Hari ini, rakyat boleh menilai siapa Umno, siapa Perkasa dan siapa GAPS? 

Apakah mereka yang mahu kuasa Sultan dikembalikan atau mereka sebenarnya tak mahu kuasa Sultan itu dipersadakan semula. Jika Umno, sudah tentulah tak bersetuju sebab Umno yang buang kuasa Sultan itu dulu. Sokong mati bapak, menentang mati emak. Mahu tak mahu, Umno kini tercatat dalam sejarah tentang sikap "munafiknya" muncul hari ini.

Tiada ulasan: