KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 28, 2011

Calon BN lelong tanah: PAS berbohong atau Umno putar-belit kerana kian tidak tenang lagi?


PAS dituduh berbohong tatkala kes kesalahan calon Umno Mohd Azahar Ibrahim didedahkan dalam PRK N05 Tenang. Justeru kerana calon Umno ini sangat lecek dan terlalu pandai putar-belit serta terus dalam penafian, maka saya kira wajar untuk dipost kedua-dua kenyataan akhbar PAS untuk tatapan sdra-sdra membuat keputusan. Sememangnya terdapat lambakan isu lain namun isu ini amat penting untuk pengundi membuat keputusan pada hari Ahad 30 Januari ini.

Mohd Azahar mendakwa bahawa beliau tidak bersalah kerana hanya menjalankan tugas. Yang bersalah mengikut beliau ialah Mansor Mohamad, pemilik tanah, kerana tidak membayar hutang kepada CIMB lalu dilelong tanahnya oleh beliau yang hanya menjalankan tugas selaku penjawat Penolong Pentadbir Tanah  Daerah Segamat.

Ya, begitu mudah sekali beliau ingin melepaskan dirinya setelah melakukan satu penganiayaan kepada seorang pemilik tanah dan sekarang ini seorang lagi pemilik tanah yang membeli tanah lelongan tersebut. Kini pembeli mendapati dirinya juga teraniaya akibat kecuaian, ketidakcekapan dan ketidakbertanggungjawaban bekas ADO ini. Pembeli ini pula menamakan calon Umno ini sebagai defenden pertama dalam afidavitnya.

2 ulasan:

joecharlie berkata...

Noramla-sedih-sungguh sedih-apabila mengetahui bahawa skandalnya terbongkar.

Sebelum ini dengan angkuh Normala menafikan bahawa dakwaan kononnya dia pernah kahwin dua kali adalah fitnah dan tidak berasas.

Namun apabila terbongkar-bahawa 13 tahun lalu- Normala pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Abdul Rahman Nordin yang berkerja di Merry Brown Johor Bahru- kini Normala hanya membisu seribu bahasa.

Malang sungguh nasib Cikgu ini-begini lah kalau nafsu menguasai diri.

Gelagat Normala yang ditunjukkan di depan umum-hanya sandiwara.

Jika dalam kehidupan sendiripun bersandiwara-apatah lagi jika ada kaitan dengan rakyat.

Kita mahu memilih pemimpin kita yang telus, jujur dan ikhlas-bukannya seperti Normala.

Kepada penduduk Tenang- anda akan lebih terbela jika memilih Azhar Ibrahim yang kosong masalah pribadi.
Anda mungkin juga meminati:

nangome berkata...

Tak apa CG Mala setiap orang ada masalah tetapi masalah diri jangan di campur dengan masalah RAKYAT "bak kata masalah kerja jangan bawa balik rumah begitu juga masalah rumah janagn bawa ke tempat kerja baru selesai masalah ok Cik Gu Mala,TAKBIIIIIIIIIIIIR..........saya sokong Cik Gu Mala semaoga menang sok dengan majoriti besar biar dia terbeliak biji mata.