KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Kakitangan awam kena setia dengan kerajaan: PAS Batu sanggah pendapat dangkal Muhyiddin Yassin!


PAS Kawasan Batu menolak kesetiaan kepada kerajaan bermakna setia kepada Umno-BN, sebaliknya kesetiaan yang dimaksudkan mestilah berpegang kepada dasar-dasar negara yang disepakati bersama, tegas Timbalan Yang DiPertuanya, Suhaimi Abdul Rahman.

Katanya, kakitangan awam di negara ini bebas untuk memilih atau menyertai mana-mana parti politik kerana ia dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak timbul soal tidak setia dengan kerajaan yang ada.

"Kerajaan satu soal lain. Umno-BN soal yang dibahaskan sebenarnya. Apabila ada kakaitangan awam tidak menyokong Umno maka mereka akan dianggap pentang kerajaan. Ini tak betul dan sengaja diputar belitkan oleh pemimpin Umno-BN dan sekutunya dalam kerajaan," tegas beliau kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.

Justeru itu, tegas Suhaimi, dalam setiap kali pilihan raya umum atau kecil, kerajaan atau jentera kerajaan dihadapkan kepada parti lawan bukannya jentera parti Umno-BN. 

Ini menyebabkan rakyat melihat, mana-mana individu yang menentang Umno-BN sebagai penentang kerajaan, walhal jika Umno bermaruah, menghayati prinsip demokrasi, sudah tentulah malu untuk "memperalatkan" jentera kerajaan dalam pilihan raya yang amat jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen.

Suhaimi mengulas, kenyataan TPM Muhyiddin Yassin semalam, kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan. Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ," katanya kepada Bernama. 

Tiada ulasan: