KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 31, 2011

Jasa anda semua tidak terbalas: Cikgu Mala ucap jutaan terima kasih bantu kempen PRK Dun Tenang




Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,  pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi, kata calon PAS, Normala Sudirman dalam blognya CikguMala.Blogspot, sebentar tadi.

Katanya, jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Cikgu Mala juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

"Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi," tegas beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Labis.

Tiada ulasan: