KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Calon BN Tenang tak dipersetujui Najib: Muhyiddin pandai-pandai belakangkan kehendak Umno Labis?


Tulang Besi mendedahkan  dalam blognya Malaysia Waves, bahawa calon BN Tenang, Tokai atau Azhar Ibrahim sebelum ini pernah ditolak oleh UMNO tempatan. Tulang Besi berkata, beliau tidak boleh memastikan kesahihan kisah ini, terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah:
1 > Calon BN ini sebenarnya adalah pilihan Muhyiddin Yaasin.
2 > Najib Tun Razak sendiri dalam satu majlis tertutup menolak calon pilihan Muhyiddin ini.
3 > Calon ini pernah bertanding di dalam Pemilihan UMNO Bahagian Labis dan kalah dengan begitu teruk sekali.
4 > Lebih 20 Cawangan UMNO memboikot calon BN ini sehingga ada markas UMNO yang ditutup.
5 > Mereka yang tidak terpilih sebagai calon juga mengambil langkah memboikot calon BN ini. Antaranya adalah Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh.
6 > Kalau mengikut populariti, calon BN ini tidak akan terpilih. Namun, Muhyiddin Yaasin sendiri mengambil keputusan dan menaikkan seorang yang tiada jawatan langsung dalam UMNO Labis.
7 > Dikatakan juga calon BN ini walaupun pernah menjadi DO namun tidak pernah disukai rakyat. 

Secara mudahnya calon PAS, Cikgu Normala Sudirman jauh lebih popular berbanding dengan calon BN itu. Selamatkan Malaysia, ubah dari sekarang!

Tiada ulasan: