KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 28, 2009

GESA sokong Speaker Perak panggil "Sidang DUN Tergempar" bagi melihat Krisis Perlembagaan secara lebih berhemah!

GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan, 3 Mac untuk membahaskan dua usul penting untuk menamatkan konflik dan kemelut yang terus berlarutan di Perak.

Presidennya, Tarmizi Mohd Jam yakin keputusan Speaker menggunakan kuasanya di bawah Peraturan Tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi pertikaian tegar antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini, akan mematangkan lagi semua ahli politik di negara ini dan meningkatkan pengetahuan tentang ilmu perundangan serta membina kebijaksanaan berhujah dalam merungkai kemelut yang berlarutan itu.

GESA tegasnya, amat berkehendak agar DUN dapat mengesahkan kedudukan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan atau digulingkan dalam rampasan kuasa oleh BN secara di luar tabie. GESA juga menyokong Speaker Perak memanggil "Sidang DUN Tergempar" bagi melihat Krisis Perlembagaan ini secara lebih berhemah!

Tegas Tarmizi, GESA menyokong penuh langkah Speaker untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semual kerajaan yang diyakini mereka samada Pakatan Rakyat ataupun BN.

GESA juga menghormati keputusan Speaker untuk membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung seperti Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya serta tiga lagi wakil rakyat bebas yang melompat - sebagai pengajaran dan pengetahuan tentang kuasa Speaker.

Tarmizi yakin, dengan perkembangan terkini, sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, iklim politik yang sihat diamalkan oleh Pakatan dan BN, tidak mungkin akan mengundang malapetaka ekoran krisis demi krisis yang menggodam.

Berdasarkan keputusan terbaru Speaker ini, wakil rakyat BN yang boleh menyertai DUN seramai 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar sebagai Speaker.

Tok Guru Nik Aziz dan MB Nizar Jamaluddin di Subang Jaya I Mac isi Hi Tea 'Mesra & Dialog' serta Ceramah Mega


MURSYIDUL AM Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan menyampaikan ceramah di Dewan Serbaguna MPSJ SS15 Subang Jaya (berhampiran Taylor College) pada Ahad 1 Mac, jam 9.00 malam.

Menurut Pengerusi Ikatan Anak-anak Perak Perantauan (IKAPP), Cikgu Ezam Ahmad, kedua-dua tokoh PAS itu memenuhi undangan IKAPP bersempena sambutan Maulidur Rasul disamping mengeratkan ukhwah anak-anak Perak yang melata di sekitar Lembah Klang.

Katanya, turut diundang pada malam itu, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang.Pada sebelah petangnya pada tarikh yang sama, Nizar dan Ahmad Awang mengisi program 'Hi-Tea Mesra dan Dailog' yang diadakan di Dewan PKPS, Shah Alam (berhadapan Hotel Blue Wave).

Antara tetamu lain yang akan hadir termasuklah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo Lo Mohd Ghazali dan Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir Masduki. Kupon-kupon berharga RM20 setiap satu boleh diperolehi dari urusetia IKAPP dengan menghubungi Asmawi (017-6727584); Fahmi (013-3657491); Mustafa (012-2141858) dan Ezam (019-6570438).

Menurut Ezam, Nizar juga akan menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam. Maghrib yang sama, Tok Guru Nik Aziz memberi tazkirah di Masjid As-Salam (Masjid Terapung) di Puchong Perdana.

Hadi Awang, Mohd Sabu dan tokoh bahasa pada Ceramah kemuncak Membantah Pelaksanaan PPSMI di Taman Melawar, 6 Mac

Antara yang akan hadir, Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh, Prof Dato' Nik Safiah Karim, Prof Dr Awang Sariyan, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato' Dr Anuar Ridhwan, Dato' Baha Zin, Haji Ahmad Subky Abdul Latiff dan Azizi Abdullah.

BAGI menggerakkan seluruh rakyat menghadiri Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini, satu ceramah kemuncak PPSMI akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar pada 6 Mac, jam 930 malam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presidennya, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah pada malam itu bersama tokoh-tokoh bahasa utama seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said, Pengerusi Gerak Mansuh PPSMI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad, Timbalan Pengerusinya, Prof. Dr Shaharil Mohd Zain, Dato' Dr Hassan Ahmad, Prof Dr Abdullah Hassan, Puan Ainon Mohd dan penyajak Dinsman.

Demikian maklum jurucakap program, Radhi Hashim kepada Harakah.

Menurut beliau, tokoh-tokoh pendidikan dan budaya yang sudah mengesahkan kehadiran mereka pada malam tersebut ialah Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh, Prof Dato' Nik Safiah Karim, Prof Dr Awang Sariyan, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato' Dr Anuar Ridhwan, Dato' Baha Zin, Haji Ahmad Subky Abdul Latiff dan Azizi Abdullah.

Program anjuran GMP dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bertindak PPSMI PAS Wilayah Persekutuan ini akan dimulakan dengan solat hajat/munajat di Dewan Dato' Fadhil Noor, Markaz PAS yanga kan diimakan oleh Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri jam 9 malam.

"Orang ramai dijemput hadir dan hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan melalui telefon, sms serta emel," pinta Radhi lagi.

Mahfuz Omar mahu Najib ditangkap dibawah Akta Hasutan kerana tindakannya di Perak menyebabkan negara kian tegang!

Gambar Najib Tun Razak, TPM dan Pengerusi Perhubungan UMno Perak dipijak-pijak lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di pintu masuk utama ke Kediaman Rasmi MB Perak sewaktu Ceramah Mega Pakatan Rakyat beberapa hari selepas Najib menggulingkan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat


IRWAN MUHAMMAD ZAIN, melaporkan PAS mendesak pihak Polis mengenakan Akta Hasutan terhadap pemimpin tertinggi Umno terutama Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menyebabkan suasana tegang berlaku dalam negara dewasa ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan akibat daripada permainan politik pemimpin Umno yang terlalu memetingkan kuasa menyebabkan mereka telah menghasut Pemuda Umno bertindak menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen baru-baru ini.

"Ketegangan yang timbul dalam negara ini sehingga menyebabkan Pemuda Umno bertindak menyerang Karpal di Parlimen berpunca daripada apa yang ditimbulkan pemimpin tertinggi Umno.

"Permainan politik Umno yang terlalu mementingkan kuasa sehingga berlakunya rampasan kuasa di Perak baru-baru ini menyebabkan segala kekecohan ini. Apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno jelas tidak menghormati Parlimen sebagai institusi demokrasi," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan pemimpin Umno lupa sejarah yang mereka sendiri lakarkan pada tahun 1993. Pada tahun tersebut, Umno melalui Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubal perlembagaan negara bagi membolehkan Sultan diheret ke mahkamah.

Pada tahun itu, Pemimpin Umno sanggup mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu bagi memenuhi hasrat mereka untuk mengurang imuniti raja.

"Mereka yang usahakan untuk menjadikan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang pada tahun 1993. Apa yang dilakukan oleh Karpal seperti mahu menyaman Sultan Perak adalah memenuhi undang-undang dan mengikut apa yang pemimpin Umno sendiri mahukan bila mereka hapuskan imuniti raja-raja pada tahun tersebut," tegas Mahfuz.

Namun begitu tegas beliau, amat malang bagi rakyat negara ini kerana tindakan Karpal yang bertindak mengikut undang-undang itu dijadikan isu perkauman oleh pemimpin Umno.

Zahid Hamidi sebenarnya "ganggu" Peguam Negara kerana nak tunjuk dia "hero" bangsa dan Raja-Raja Melayu!



KENYATAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Pejabat Peguam Negara agar segera menyiasat Pengerusi DAP, Karpal Singh disifatkan sebagai 'mainan wayang' Zahid bagi menunjukkan kononnya beliau hero kaum Melayu dalam isu raja-raja.

Ketua Penerangan Muslimat PAS, Athirah Aiman, berkata tindakan Zahid juga dilihat cuba mencampuri urusan Peguam Negara, selain cuba mengarahkan badan itu berbuat mengikut telunjuknya.

"Apa hak Zahid dan siapa dia untuk mengarahkan Peguam Negara? Tindakan Zahid itu seolah-oleh menafikan kebijaksanaan Peguam Negara, selain bersikap terpilih dalam kes-kes berkaitan pemimpin Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Sambil melahirkan rasa muak dengan sikap Zahid dan BN yang dilihat cuba mencampuradukkan badan kehakiman, eksekutif dan legislatif, Athirah mempersoalkan kelantangan Zahid ini dan Naib Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sibuk mencabar Karpal.

"Mengapa apabila kes bekas Exco Kedah, V. Arumugam membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau diugut, Zahid tidak selantang ini? Mereka sibuk meminta Peguam Negara menyiasat Karpal yang dikatakan kononnya menghina Sultan, sedangkan mereka (BN) jugalah yang mula-mula menghapuskan imuniti raja sehingga boleh diheret ke mahkamah," kata Athirah lagi.

Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, berkata tidak ada cara lain bagi memastikan semua agensi dapat menjalankan peranan mereka dengan profesional melainkan dengan menukar kerajaan sedia ada.

Katanya ketika dihubungi, hampir semua institusi yang sepatutnya berfungsi secara bebas dan profesional hari ini telah dipengaruhi BN yang mengakibatkan ia tidak dapat berperanan bebas.

Mengulas lanjut kenyataan Zahid kononnya kredibiliti Pejabat Peguam Negara akan terjejas apabila tidak menyiasat Karpal dengan segera, Mustafa menyatakan bahawa sudah lama BN mengamalkan sikap 'double standard' apabila bertindak memilih-milih kes untuk disiasat.

"Mengapa berpuluh-puluh, beratus-ratus aduan berkenaan pemimpin BN yang dilaporkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah disiasat, sedangkan jika pemimpin BN begitu cepat disiasat dan diambil tindakan?" soal beliau.

Sambil memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memberi ruang kepada agensi-agensi seperti SPRM, Peguam Negara, polis dan sebagainya menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional, Mustafa berkata kebimbangan BN dengan pelbagai salah laku yang dilakukan mereka menyebabkan BN bertindak mempengaruhi badan-badan ini hingga menyekat tindakan profesional mereka.

Gelagat SPRM seperti perkakas Umno, bukan kerana sakit hati tengok Khir kenakan Khalid Ibrahim


TINDAKAN Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan mendedahkan kandungan kertas siasatan melibat pertuduhan terhadap Menteri Besar Selangor yang sepatutnya menjadi rahsia memberi gambaran seolah-olah suruhanjaya tersebut kini menjadi salah satu sayap Umno, tulis Irwan Muhamad Zain.

Kertas siasatan itu sepatutnya tidak didedahkan secara umum sehinggalah Tan Sri Khalid Ibrahim dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Sehubungan itu, tindakan Ahmad Said itu adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang telah dilakukan oleh beliau pada 20hb Februari 2009 berkenaan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi Khalid Ibrahim.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahmad said itu juga memberi gambaran seolah-olah beliau mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi Khalid Ibrahim dan cuba melakarkan seolah-olah Menteri Besar Selangor itu merupakan seseorang yang telah melakukan rasuah.

Selain itu, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum Menteri Besar Selangor sebagai seseorang yang telah melakukan rasuah dan kenyataan tersebut seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum Khalid Ibrahim di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.

Selain kes melibatkan Menteri Besar Selangor, Ahmad Said baru-baru ini membuat kenyataan SPRM akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa Speaker Dun Perak V. Sivakumar kerana menggantung Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) berkuatkuasa serta merta.

V Sivakumar menyifatkan SPRM menghina institusi Dun apabila menyiasat tindakan yang dibuatnya secara sah.

"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi Dun dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku." Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar baru-baru ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan SPRM itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara ini dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".

Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.

Peliknya bila sesuatu kes rasuah melibatkan pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) dilaporkan oleh pembangkang, SPRM sejak ia masih lagi dinamakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan bersungguh-sungguh untuk mendedahkan kepada umum.

Malah kertas siasatan juga tidak pernah sekalipun didedahkan untuk hebahan media apatah lagi untuk diketahui umum apa hasil siasatan yang telah dibuat oleh badan tersebut.

Lebih pelik lagi SPRM membuat keputusan untuk menutup 45 kes rasuah yang melibatkan Umno dan menyatakan bahawa kes tersebut perlu dirujuk kepada Lembaga Displin Umno. Antara kes rasuah dalam Umno adalah kes melibatkan penyalagunaan wang kerajaan oleh Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti mana laporan yang dibuat oleh bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim.

Salah guna wang kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh Abdullah itu merupakan satu jenayah besar dan sepatutnya kes ini mendapat perhatian SPRM kerana Perdana Menteri itu menggunakan wang kerajaan untuk kepetingan politik beliau bukan untuk kepentingan rakyat.

Malangnya kerana Abdullah merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno maka kes terhadap beliau ditutup begitu saja. Yang menjadi mangsa adalah pelapornya, Kapten Zahar bila beliau digantung selama tiga tahun oleh lembaga displin Umno yang akhirnya beliau mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS.

Apakah istimewanya Umno sehingga kes rasuah dalam parti tersebut menjadi begitu eksklusif sehingga SPRM tidak boleh berbuat apa-apa? Adakah rasuah dalam Umno tidak dianggap rasuah oleh SPRM?

Rasuah dalam Umno tetap merupakan satu kesalahan besar dan seharusnya SPRM tidak menutup sebelah mata dan menyerahkan kepada lembaga displin parti trsebut untuk menentukannya.

Apa yang dilakukan oleh Ahmad Said dan SPRM jelas mengambarkan bahawa suruhanjaya tersebut kini merupakan sayap baru Umno dan sebarang kes rasuah yang melibatkan pemimpin Umno akan senyap begitu saja.

Rasuah bagi SPRM satu kesalahan jika ianya melibatkan pemimpin pembangkang atau mana-mana pegawai kerajaan yang harus dijadikan kambing hitam untuk melindungi pemimpin Umno.

Pemimpin Umno jika sudah cukup bukti sekalipun sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai cubaan merasuah Adun Pakatan Rakyat di Kedah yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid tidak akan diambil sebarang tindakan.

Lebih malang lagi seperti yang didedahkan oleh Anwar dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, pegawai BPR (sebelum ditukar nama kepada SPRM) yang menjalankan siasatan kes tersebut telah ditukar dan hasil siasatannya digelapkan.

Sungguh malang bagi Malaysia kerana mempunyai sebuah suruhanjaya yang diamanahkan untuk mencegah rasuah tetapi bertindak sebagai badan yang melindungi perbuatan rasuah melibatkan pemimpin-pemimpin Umno. Dengan tindakan SPRM ini tidak mustahil indeks rasuah di Malaysia akan terus meningkat dan meletakkan negara ini pada kedudukan yang lebih buruk lagi.

Jumaat, Februari 27, 2009

Suami Senator Hayati Onn persoal "Betulkah Khir Toyo utamakan moral?"

Gambar kontroversi hubungan akrab Norhayati Onn dengan mantan Ahli Parlimen Gombak, Dr Abdul Rahman yang banyak diperkatakan


Gambar dan gelagat kontroversi hubungan MB Johor, Abdul Ghani Othman dengan bekas Exconya yang jelita dan kini mnejadi ahli parlimen


Yang ini semua orang tahu Imam Besar Islam Hadhari dok gisei-gisei bahu pelakon Tionghua berkulit halus hingga memualkan mata yang melihatnya


"...MENGADU masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) Ahli Parlimen Gombak."

Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap 'cakap tidak serupa bikin' apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan penyebaran foto kurang sopannya., lapor Malaysiakini.

Bekas menteri besar itu berpeluk tubuh apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Ir. Mohd Suffian Abdul Aziz.

"Wajarkah Dato' Seri Khir meminta Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

"Saya sendiri pernah berjumpa Dato' Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

Bekas Ketua Penerangan Umno Klang itu mengulas desakan Ketua Pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto Elizabeth yang dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat KeADILan itu sedang tidur.

Mohd Suffian, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau 'menyelesaikan sendiri isu rumahtangganya' sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto diserahkan kepadanya.

"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun adalah masalah moral."

Jawatan Norhayati sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai bermula sejak 2007.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan. Dan baru-baru Norhayati gagal datangh ke Mahkamah Syariah untuk perbicaraan kes tersebut.

Adun Chenderiang tuduh Speaker Perak tak tahu undang-undang. Sidang Dun tergembar tak sah! Baca ulasan pakar Perlembagaan Prof Dr Aziz Bari sekarang!


Hubungan Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan Tuanku Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah masih segar dan intim. Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan dipercayai tahu secara detail "Krisis Perlembagaan" yang melanda Perak!
ADUN Chenderiang, Dr Mah Hang Soon menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak dan menuduh Sivakumar tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan.

"Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?" katanya ketika memberi reaksi terkejut terhadap tindakan Speaker untuk memanggil sidang Dun 3 Mac ini.

"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan? Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya.

Bagi menjawab tuduhan tidak berasas Dr Mah itu, saya menurunkan kembali ulasan pakar Perlembagaan UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menjadi tajuk utama muka depan Harakah Bil 1418 yang lalu sebagai ingatan bagi memahamkan semua Adun BN dan Pakatan tentang kuasa memanggil sidang Dun.

Terdapat isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya:

DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.

Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

"Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong", jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.

"Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu," tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.

"Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi," tambahnya lagi.

Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata "pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN".

Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.

Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aziz menjelaskan, "Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan."

Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.

Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.

"Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu," ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.

Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

"Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama," tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.

Beliau berkata "jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan."

Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, "itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya."

Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.

"Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan," tegasnya.

BN Perak lagi sekali "mengalabah" persoal tindakan Speaker panggil sidang DUN 3 Mac ini


NURUL AIN MOHD. HUSSAIN dari mSTAR.Online melaporkan hari ini tentang rasa tidak puashati Barisan Nasional (BN)Perak yang mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN 3 Mac ini.

Petang tadi, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang). Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam reaksi segera daripada para Exco, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.

"Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak. Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry," katanya.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat. Sementara itu, Dr Mah menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.

"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan? Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya. Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.

Sidang tergempar DUN Perak untuk sahkan Nizar sebagai MB, bubar Dun adakan pilihan raya negeri semula!



POLITIK Perak terus gawat. Mencipta kematangan. Menyenakkan pemimpin BN untuk terus berkuasa dan berkuku di negeri itu. Tindakan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut, kata Malaysiakini hari ini.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya. Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar. Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Foto bogel: Hilmi hanya jadi 'saksi', bukannya 'suspek' kata Muhamad Sabtu Osman

"Buat masa ini, dia (Hilmi Malek) hanya sebagai saksi. Setakat ini, dia belum (jadi) suspek lagi," kata Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika ditanya sama ada lelaki awal 30-an itu satu-satunya suspek dalam kes itu


JIMADIE Shah Othman dari Malaysiakini melaporkan, polis akan memanggil bekas kekasih Elizabeth Wong sebagai "saksi" dan "bukan suspek" kes penyebaran foto bogel exco kerajaan Selangor itu, kata ketua polis Kuala Lumpur.

"Buat masa ini, dia (Hilmi Malek) hanya sebagai saksi. Setakat ini, dia belum (jadi) suspek lagi," kata Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika ditanya sama ada lelaki awal 30-an itu satu-satunya suspek dalam kes itu.

Setakat pengetahuan polis, tambahnya, bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu sekarang berada di Jakarta. Maklumat yang diterima oleh polis bahawa Hilmi berada di Kuala Lumpur tidak dapat disahkan.

"Soalan ini telahpun diajukan kepada saya, bahawa Hilmi dikesan berada di Kuala Lumpur. Tetapi sebenarnya kita belum lagi mendapat pengesahan sebarang pergerakan yang menunjukkan Hilmi berada di negara kita," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur petang ini.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan 14 orang berhubung kes tersebut, katanya lagi. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu terbabit atau latar belakang mereka. Muhammad Sabtu juga enggan mengulas sama ada polis akan meminta bantuan agensi polis antarabangsa Interpol untuk menjejak Hilmi.

Ditanya sama ada Elizabeth dipanggil semula memberikan keterangannya bagi membantu siasatan, beliau berkata: "Belum lagi setakat ini. Ini bergantung kepada siasatan kita. "Beliau juga berkata, tiada tempoh tertentu untuk menutup siasatan kes itu kerana ia bergantung kepada bukti yang ada. Kalau bukti kukuh, cepatlah," katanya.

Dato' Seri Nizar Jamalauddin enggan kembalikan 'Kereta Rasmi MB' kepada Dr. Zamry Abdul Kadir

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut


DATO' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu, lapor Malaysiakini.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas. Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.

Bukti rakaman 'rasuah' Ketua Hakim Negara diserah kepada Yang Dipertuan Agong!


PENGERUSI DAP, Karpal Singh hari ini menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pita rakaman ucapan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang didakwanya mengaku merasuah kakitangan mahkamah.Karpal menyerahkan pita tersebut kepada seorang kakitangan Istana Negara pada jam 4.45 petang tadi, lapor Malaysiakini.

Katanya, dengan bukti tersebut, Seri Paduka harus mengadakan persidangan khas Majlis Raja-Raja untuk memecat Zaki.Pita tersebut mengandungi rakaman ucapan Zaki di sebuah konvensyen di Kuching November lalu mengenai 'Integriti, pemangkin Pembangunan Mapan'.

Rakaman tersebut, yang berkualiti rendah, dikatakan mengandungi bahagian ucapan di mana Zaki bercakap mengenai merasuah kakitangan mahkamah sewaktu beliau berkhidmat sebagai peguam.

Sejak dilantik sebagai mengetuai badan kehakiman, Zaki menjadi sasaran berterusan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, yang mendakwa beliau tidak layak menjadi ketua hakim negara ekoran pengakuan terbukanya terbabit dalam amalan rasuah ketika menjadi peguam.

Zaki, bagaimanapun, telah menperjelaskan perkara itu, mendakwa pihak media telah menyalah tafsir komennya di Kuching itu.

Jawatankuasa Siasat Aduan Karpal Singh ditubuh bagi siasat kes kepungan 15 Pemuda Umno Selangor di Parlimen

BERNAMA melaporkan dari hal insiden Karpal Singh dikepung oleh 15 pemuda Umno Selangor di perkarangan Parlimen, 26 Feb lalu.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai perbuatan menghina dewan hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Pengerusi, dan timbalannya Datuk Dr Ronald Kiandee selaku Timbalan Pengerusi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), katanya semasa membentangkan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952."Penubuhan jawatankuasa itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, iaitu majlis mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor," katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menolak usul yang dikemukakan Karpal yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan waran tangkap bagi menahan dua individu yang terlibat menghalang beliau memasuki bangunan Parlimen petang tadi mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P).

Karpal memohon supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Mat Salleh serta Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin, dan kedua-dua mereka perlu dihadapkan ke dewan bagi memberi tunjuk sebab kenapa mereka tidak patut dipenjarakan menurut Seksyen 11 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P) yang bersabit dengan hak istimewa Ahli Parlimen di mana tiada notis diperlukan, serta Seksyen 9 dan 11 Akta Majlis Parlimen memandangkan kejadian itu berlaku di perkarangan Parlimen hari ini di mana beliau diserang oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno apabila sampai ke blok menara untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Pada pukul 2.30 petang tadi, sekumpulan 15 anggota Pemuda Umno Selangor menghalang Pengerusi DAP itu daripada memasuki bangunan Parlimen dengan menuntut Karpal supaya memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya. Peristiwa itu menimbulkan suasana tegang selama 15 minit apabila berlaku cabar mencabar antara anggota Pemuda Umno dengan beberapa anggota Parlimen DAP termasuk anak Karpal, Gobind Singh Deo, yang juga anggota Parlimen Puchong.

Pandikar Amin berkata usul mengikut Peraturan Mesyuarat 80A lebih sesuai dikemukakan dan beliau sudahpun menerima notis daripada Mohamed Nazri berhubung perkara itu. "Saya sebagai Speaker telah memikirkan soal ini dan saya terpaksa ambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku. Keputusan saya ini muktamad. Ruling (ketetapan) yang diminta (menurut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P)) adalah tidak berkenaan.

"Ini kerana saya tidak boleh keluarkan waran tangkap terhadap orang yang belum dibicarakan. Bagi saya tidak boleh ikut kerana dalam fikiran saya Peraturan Mesyuarat 80A sesuai, itu pendapat saya dan ia muktamad," katanya.

Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di Lobi Parlimen berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin sebelum persidangan Parlimen berakhir. "Mereka akan bermesyuarat secepat mungkin, (dan) apabila mereka bermesyuarat, mereka akan membuat keputusan yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan sekali lagi," katanya.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa itu akan berbincang seperti inkuiri awam, Mohamed Nazri berkata: "Mereka akan melakukan apa jua yang perlu dilakukan, termasuk memanggil pihak yang terbabit (termasuk) polis. Selepas itu, mereka perlu membuat keputusan. "Beliau berkata Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memberi hukuman denda maksimum RM1,000 jika inidividu yang terbabit didapati bersalah.

Khamis, Februari 26, 2009

Khir Toyo lebih patut diseret ke mahkamah dan sekat kemaraannya dalam Pemuda Umno! Jawab 21 dakwaan salahlaku dalam blog kamu, 24 jam dari sekarang!

Giliran Khir Toyo untuk dibersihkan jika beliau gagal menjawab dan membuktikan dirinya tidak terpalit dan tidak bersalah dengan 21 dakwaan salahlaku terhadapnya

PERKARA ini pernah dibongkar, didedahkan oleh media. Tetapi tiada tindakan diambil oleh BPR ketika itu dan sekarang SPRM. Saya mohon Dato' Seri Mohd Khir Toyo menjawab satu persatu isu atau dakwaan yang berbangkit ini. Beliau boleh menggunakan blognya untuk berbuat demikian bagi tujuan membersihkan diri, bersilat dan berkuntau agar ia tidak terlekat sebagai salahlaku jijik. Berikut 21 dakwaan salahlaku mantan MB Selangor yang kini bercita-cita mahu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Saranan saya kepada dua calon lain Dato' Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin, bolehlah mengutip 21 dakwaan ini dan ditambah satu lagi dakwaan terbaru Tan Sri Khalid Ibrahim tentang penjualan hartanah di Makkah; sebagai modal kempen menyekat kemaraan beliau ke peringkat lebih tinggi.

01. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

02. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

03. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

04. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

05. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

06. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

07. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

08. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

09.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

21. TERBARU - Beliau disabitkan dengan penerimaan bayaran RM17 juta dari seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akuan individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

13 ahli dikepalai Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba ke Parlimen

Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya. Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI.

NURUL AIN MOHD. HUSSAIN dari Mstar Online melaporkan dari dekat tentang insiden pergaduhan atau kekecohan Pemuda Umno dengan Karpal Singh di Parlimen petang tadi. Mstar melaporkan begini: Dua ahli Parlimen dan Pemuda Umno Selangor bergaduh di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'kasar' semalam.

Insiden pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli yang diketuai oleh Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pekarangan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila dua ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya. Cabar-mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.

Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri daripada mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.

“Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani," katanya.

Isu Kiriman Peluru Hidup: Karpal dikepung Pemuda Umno di Parlimen petang tadi timbulkan kekecohan!

SAYA dimaklumkan seorang rakan melalui SMS. Ada kekecohan di luar dewan. Di Parlimen katanya. Pemuda Umno mengepung Karpal Singh ekoran isu atau ucapan pedas beliau semalam di dewan itu. Saya beritahu, tolong dapatkan maklumat terperinci. Dapatkan gambar. Saya tidak boleh ke Parlimen kerana ada urusan yang belum selesai. Sehingga kini, saya belum mendapat info berkenaan dari pandangan kedua.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan begini tentang insiden spontan yang dikatakn kecoh di luar dewan petang tadi: Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.Berlaku kekecohan

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka. Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara).

Mereka juga kemudiannya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.
Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ. Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng (right) juga mendakwa beliau telah dipukup oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi. Dalam sidang akhbar tersebut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini.

Khairy berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," Khairy.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertamakali berlaku di Parlimen. Katanya, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat perkara itu dan berjanji akan memastikan parkara itu tidak berulang.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing memberitahu pemberita bahawa kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit, telah ditahan oleh polis Bukit Aman.

Bagaimanapun, ini dapat disahkan dengan pihak polis. Beliau juga turut memohon maaf kepada Karpal atas kejadian tersebut dan berkata akan meminta Speaker menghad jumlah penyokong parti politik yang dibenar masuk ke Parlimen.

Pemuda Umno cabar Karpal Singh kemuka bukti dalam masa 24 jam terlibat hantar peluru hidup!

Karpal menjadi sasaran peluru hidup ekoran kelantangannya untuk menyaman Tuanku Sultan Perak dan semalam beliau menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka" di dalam Parlimen


Khairy Jamaluddin mencabar Karpal membuktikan tuduhan kononnya Pemuda Umno yang mengirimkan peluru hidup kepada beliau. Khairy memberi tempoh masa 24 jam untuk berbuat demikian.


SAYA mengutip laporan Malaysiakini bagi mengungkapkan apa yang terjadi di Parlimen petang tadi. Kekecohan dan ketegangan di luar dewan cuba digambarkan oleh TV3 sebagai aksi cabar-mencabar antara Karpal dan anaknya Gobind dengan beberapa ketua pemuda Umno. TV3 menayangkan rakaman video agak objektif.

Malaysiakini melaporkan begini: Pemuda Umno cabar Karpal kemuka bukti tempoh 24 jam untuk Pengerusi DAP Karpal Singh mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini. Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini, lapor Bernama.

Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat Bukit Gelugor itu mendakwa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru yang ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam sidang media itu, Khairy turut menyifatkan Karpal yang juga seorang peguam veteran sebagai seorang yang angkuh serta berlagak seolah-olah tahu segala undang-undang. "Sebab itu Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan untuk bertindak cepat, manusia macam Karpal ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segala-galanya. Saya takut kalau kerajaan tidak ambil tindakan mengikut undang-undang kita tak dapat bendung kemarahan rakyat, kemarahan sebilangan besar daripada rakyat masyarakat Melayu terutamanya, dan seluruh ahli pergerakan Pemuda Umno Malaysia," tegasnya.

Ditanya adakah pemuda Umno ingin meminta Karpal memohon maaaf secara terbuka, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda Umno tidak akan membuang masa untuk meminta permohonan maaf Karpal.

"Manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda Umno cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Pemuda Umno yang membuat 100 laporan polis terhadap Karpal, Khairy berkata laporan tersebut mencerminkan perasaan majoritirakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Sultan Perak Sultan Azlan Shah ke mahkamah.

"Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda Umno ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda Umno juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis yang dibuat sebelum ini," katanya.

"Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat, "Katanya, Pemuda Umno tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kesejahteraan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.

Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik. Bagaimana Ketua Hakim Negara?


PARA Peguam Nizar menyangkal tuduhan kononnya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mohamad Ariff Md Yusof yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar berpihak.

Mohamad Ariff dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mohd Said kerana beliau pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara menyifatkan Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan Penasihat Undang-undang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya. Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman Abdullah mewakili Nizar menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga menegaskan tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.

"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

"Bagi pihak Dato' Seri Nizar, kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujar Hanipa lagi. Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.

"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata. Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegas Hanipa.

Peguam Nizar, Nga Hock Cheh, tiba-tiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi: "Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi," katanya.

Peguam pemerhati bagi Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membantah dengan menyebut prosiding harus bertumpukan kepada isu undang-undang dan bukan sebarang agenda politik. Semalam, Ariff menarik diri dari mendengar kes Nizar atas desakan kuat Peguam Negara.

Persoalannya, bagaimana dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Umno menghakimi semua kes sepanjang berkhidmat dan akan kes-kes akan datang?

Kerajaan BN Perak terdesak bila diseret ke mahkamah, Zamry gabra!

UMNO Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar seperti yang digembar-gemburkan bagi mempertahankan Kerajaan Perak pimpinan Dato Dr Zamry Abdul Kadir, yang diperolehi secara tidak bermoral.

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin menyifatkan parti itu kini benar-benar sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti. Akibat tindakan undang-undang diambil oleh Pakatan Rakyat, maka Dr Zamry juga terpaksa mencari khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara, bagi mempastikan kerajaan baru yang diperolehinya itu berdiri kukuh.

"Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan," katanya.

Hanipa berkata, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri (Hanipa).Manakala Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi mewakili Zambry.

Kalau nak terus jadi lembu, SPRM didesak istihar jadi parti komponen BN segera! AMK hadiahkan LEMBU pada SPRM semalam

Samsul Iskandar menurunkan seekor lembu sebagai simbolik untuk dihadiahkan kepada SPRM yang kini dilihat seperti "lembu dicucuk hidung" di Putrajaya semalam

HARI ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut, tegas Ketua AMK Malaysia, Samsul Iskandar Mat Akin.

Tegasnya, sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telah pun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut telah dibakulsampahkan tanpa siasatan.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, katanya, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat.Kalau ada kes rasuah dalam Umno, kes kes ini akan disurukkan dari pengetahuan umum.

Sebagai contoh, ujar Samsul lagi, dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim. Kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria.

Kedua-dua kes ini disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, jelas beliua, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Justeru, lembu yang "dihadiahkan" oleh AMK kepada SPRM akan menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi "lembu yang dicucuk hidung" khususnya oleh Umno.

Najib secara rasminya serahkan kepada SPRM untuk siasat semua aduan! Beranikah SPRM bertindak?

Apa ada pada wajah baru SPRM yang dilancarkan oleh Pak Lah baru-baru ini?


SUAMI kepada Rosmah Mansor, Najib Razak yang kini dikenali sebagai Najib Altantuya menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau terlibat dalam percubaan untuk membeli Adun Pakatan Rakyat dengan nilai puluhan juta RM, ulas Amin Iskandar pada blognya.

Najib menafikan bahawa dia terlibat dan berkata, “Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat menteri-menteri D8 mengenai keselamatan makanan di ibunegara pagi ini. “Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara itu. Biar SPRM siasat.”

Semalam Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin membakar laporan-laporan rasuah yang pernah mereka hantar kepada BPR yang kini dikenali sebagai SPRM. Sementara Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh Shamsul Iskandar menghantar lembu kepada SPRM.

Kini bola berada di kaki SPRM. Mahu jadi sebuah badan bebas untuk berjuang bagi membebaskan rasuah atau ingin menjadi lembu kepada parti-parti politik tertentu. Siasat semua dakwaan dan laporan yang dikemukakan. Jangan hanya bertindak kepada sebelah pihak. Sehari selepas SPRM dirasmikan, dokumen rasuah dibakar dan lembu dihantar.

Jika berterusan begini, reformasi yang kononnya dibawa hanyalah sia-sia belaka!, kata Amin dalam postingnya.

Malaysiakini pula melaporkan begini: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak yang mendakwa mereka ditawarkan imbuhan oleh ejen yang mendakwa mewakili timbalan perdana menteri itu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

"Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat menteri-menteri D8 mengenai keselamatan makanan di ibunegara pagi ini.

Semalam, dua Adun Pakatan itu membuat laporan kepada SPRM, mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keshvinder memberitahu pemberita bahawa beliau menerima pelbagai tawaran dari beberapa ejen mendakwa mewakili timbalan perdana menteri yang juga pengerusi perhubungan Umno Perak, dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

"Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara itu. Biar SPRM siasat," kata Najib. Ditanya apakah Umno mempunyai begitu banyak wang sehingga boleh menawarkan sehingga RM50 juta kepada Adun-adun Pakatan, Najib berkata: "Mana ada RM50 juta...mengarut ni. Kita tak ada wang, dia dakwa sahaja, itu yang dia dakwa. Biar SPRM siasat," katanya.

Sebelum ini, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, dalam akuan bersumpahnya, mendakwa kononnya Najib menawarkan RM50 juta kepada mana-mana Adun daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai BN.

Fauzi dilaporkan mendakwa, Najib yang juga timbalan presiden Umno telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua Adun Pakatan di Perak supaya melompat parti. Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Gerak Sedar Anak Perak (GESA) desak Penasihat Undang-undang Negeri Perak letak jawatan segera!

Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin ternyata masih mempunyai hubungan yang intim dengan Raja Nazrin Shah dan hubungan mereka tetap baik


GERAK Sedar Anak Perak (GESA) mendesak Penasihat Undang-Undang Negeri Perak meletak jawatan atas kesilapan nasihat perundangan yang diberikan kepada pihak Istana hingga menyebabkan tercetusnya "Krisis Perlembagaan" yang kronik di negeri tersebut.

Presidennya, Tarmizi Mohd Jam melihat jika nasihat yang betul diberikan kepada pihak istana, nescaya kegawatan politik hari ini di Perak tidak berlanjutan dan institusi Raja Melayu terpelihara.

Apa yang terjadi di Perak, tegasnya bukanlah perkara "main-main" atau perkara yang boleh dibuat "eksprimen", sebaliknya, jika ia gagal ditangani boleh mencetuskan huru-hara.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak termasuk parti-parti Pakatan Rakyat, BN, pihak polis, badan-badan NGO dan orang perseorangan yang setakat ini mengambil sikap yang paling positif dan rasional dalam menangani kemelut ini.

Kata Tarmizi lagi, akibat kurang bijak dan nasihat yang salah, atau barangkali terdapat "kompromi" beliau dengan pihak BN, maka kerajaan Perak yang baru di bawah pemerintahan Dato' Dr Zamry Abdul Kadir gagal berfungsi dengan efisyen dalam pentadbiran negeri itu.

Impak dari proses awal nasihat yang salah diberikan, menyebabkan rakyat menanggung risiko apabila semua kerja-kerja rasmi membabitkan kerajaan menjadi "tidak sah" di sisi undang-undang, pembangunan terbantut, peruntukkan atau bajet tergendala dan boleh mengundang kepada ketidakstabilan politik di Perak.

GESA juga menyokong sebarang langkah individu dan mana-mana badan untuk mohon pertimbangan semula pihak Istana membubarkan Dun bagi membolehkan satu pilihan raya umum negeri diadakan sebagai menamatkan konflik dan kemelut yang melanda Perak hari ini.

Tarmizi yang pernah bertanding di Dun Bota mewakili PAS yakin, hanya melalui pembubaran Dun sahaja imej Istana dapat dipulihkan dan segala kemelut yang terjadi di Perak mampu ditamatkan serta-merta. Apa yang penting katanya, berilah peluang kepada rakyat Perak untuk memilih kerajaan mereka sama ada mereka mahu mengangkat semula Pakatan Rakyat atau beralih kepada BN.

Penasihat Undang-undang Negeri Perak cabuli Perlembagaan Negeri... Tunggulah nasibnya!

MENURUT Perakdaily.Com, tindakan Dr Zambry Abdul Kadir melantik tiga penasihat bertaraf exco adalah salah kerana tiada peruntukan untuk beliau berbuat demikian di bawah Perlembagaan Negeri.

Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri turut sama bersubahat dengan Dr Zambry dalam melaksanakan agenda di luar peraturan itu. Dato Dr Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-undang, Dato Kamal kini turut sama terdedah untuk diambil tindakan undang-undang kerana terbabit sama mencabuli peraturan negeri.

Perakdaily bertanya, elokkah penasihat undang-undang sendiri mencabuli peraturan dan perlembagaan negeri? Kalau setakat Dr Rahman cabuli taklah menghairankan lagi, kerana tentunya dia akan berbuat apa saja untuk memenuhi kehendak kembarnya itu. Tindakan Rahman membuang barangan milik Nizar di pejabatnya tempohari juga satu kesalahan besar.

Zamry MB 'de facto', Nizar MB 'de jure'? Krisis Perlembagaan telah membuka mata rakyat terhadap kerakusan BN dengan kuasa!

Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin memperkatakan banyak isu tersirat berkenaan kemelut yang melanda poitik Perak kepada krew Harakah di kediamannya


HASSAN KARIM, Presiden Partai Rakyat Malaysia (PRM) memperkatakan tentang kemelut Perak yang makin kronik. Agak menarik juga:

KEADAAN politik di Perak beransur-ansur kembali tenang. Masa selalu disebut akan merawat luka. Tetapi krisis politik di negeri yang pernah kaya dengan bijih timah itu belum selesai. Pertarungan kini berpindah ke gelanggang baru iaitu mahkamah keadilan, dan itu adalah sewajarnya berlaku bagi sebuah masyarakat moden yang berbudaya dan bertamadun. Sementara itu satu lagi pentas aksi politik bagi rakyat Perak akan diadakan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan.

Dalam hal di Perak ini, ada baiknya dikaitkan dengan falsafah negara yang dipanggil Rukun Negara yang kadang-kadang dipandang remeh dan dipersenda tetapi sebenarnya adalah relevan.

Pertama Kepercayaan kepada Tuhan. Ertinya percaya kepada Tuhan Maha Esa dalam menentukan sesuatu. Lihatlah selepas pilihan raya 8 Mac 2008 sebuah kerajaan campuran Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat dan diperkenan oleh raja. Istana bersetuju memilih Datuk Seri Nizar Jamaludin dari PAS menjadi Menteri Besar Perak walaupun PAS hanya menguasai 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi Sultan dengan bijaksana telah melantik Nizar berdasarkan Undang-Undang Tubuh Perak.

Sultan boleh memilih ADUN dari Behrang atau ADUN Cangkat Jering dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jadi MB kerana mereka berdua itu juga Melayu dan beragama Islam. Tetapi Sultan memilih Nizar dari PAS parti yang minoriti untuk mengetuai kerajaan negeri. Jadi ini semua ketentuan Illahi. Tidak terfikir sebelum ini di negeri Perak yang ramai penduduk bukan Islam dan PAS parti minoriti tiba-tiba Nizar boleh menjadi Menteri Besar menerajui negeri.

Politik di dunia fana dan prinsip pertama Rukun Negara kelihatan di pentaskan dalam pergelutan kuasa di Perak pada 5 dan 6 Februari lalu. Mengapa Nizar kelihatan berani dalam menghadapi raja di istana?

Dalam prinsip terakhir Rukun Negara di sebut kesopanan dan kesusilaan. Ketika menghadapi raja di istana, Nizar tetap bersifat sopan dan bersusila walaupun dia assertive atau tegas. Nizar tidak lembik mengalah (submission) atau keras kurang ajar (agression). Nizar menggunakan bahasa istana. Memanggil dirinya patik. Nizar boleh berkata saya tidak setuju Tuanku apabila Sultan mengarahkannya meletak jawatan. Sebaliknya Nizar memilih bahasa untuk golongan feudal dengan berkata "patik mohon sembah derhaka".

Mengapa Nizar kelihatan begitu berani dan assertive dalam setiap masa dan dia sentiasa kelihatan sopan dan berkesusilaan bila berdepan raja?

Saya melihat kerana Nizar seorang Melayu, seorang Muslim yang berjiwa merdeka yang diajar oleh Islam bahawa Allah itu Maha Besar. Tiada lain yang besar melainkan Allah. Nizar menghadapi Sultan sebagai raja memerintah negeri yang ada kuasa tetapi masih terikat dengan undang-undang negeri. Sultan masih seorang manusia bukan nabi yang maksum.

Berjiwa merdeka seperti Nizar ini bukannya biadap atau derhaka. Ia tidak menyalahi undang-undang negara. Jiwa hamba telah lama ditolak oleh orang-orang Melayu dan juga rakyat Malaysia. Setia kepada Raja dan negara prinsip kedua Rukun Negara adalah bermaksud menerima institusi Raja Berperlembagaan dan semangat cintakan tanahair.

Sebenarnya ada hikmah untuk dipelajari oleh setiap rakyat Malaysia ini lebih-lebih lagi ahli-ahli politik, para pengamal undang-undang dan para akademik di bidang guaman di universiti kerana apa yang berlaku di Perak itu terutama babak-babak di Istana Kinta, Ipoh antara MB Nizar dan Sultan amat kaya dengan rempah ratus perundangan di bidang perlembagaan (constitutional law).

Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak telah tumbang. Kerajaan baru BN pimpinan Dr Zambry telah angkat sumpah dan kini memerintah. Mana satu kerajaan yang sah di Perak sekarang berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk diputuskan. Ini kerana Nizar telah memfailkan kesnya di mahkamah tersebut.

Untuk menghormati mahkamah dan tidak bertindak "subjudice" atau memandai-mandai, maka kita biarkan saja isu siapa sebenar MB yang sah di Perak diputuskan oleh Mahkamah.

Tetapi kita harus berasa bersyukur bahawa krisis di Perak itu bergolak dengan agak terkawal. Masing-masing mengawal diri (restrain). Ada kematangan di semua pihak sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, BN, Istana, polis dan rakyat jelata termasuk protagonis dan antagonis utamanya seperti Nizar, Dr Zambry, Anwar, Najib, Hadi, Sultan Perak dan Abdullah Badawi. Tidak ada sesiapa yang mati atau bangunan dan harta benda di bakar setakat ini seperti apa berlaku di negara jiran kita di sebelah utara baru-baru ini.

Masing-masing yang marah hanya sekadar berarak, menjunjung sepanduk, menunjuk rasa dan lepas itu kembali reda apabila satu demi satu memilih mahkamah untuk jadi tempat terakhir mencari keadilan. Di sinilah prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang memainkan peranannya. Maka amat melegakan apabila Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang hanya ada kuasa beberapa minggu lagi dan hari-harinya boleh dihitung mengumumkan ISA tidak akan digunakan sewenang-wenang dalam krisis politik di Perak.

Suara Abdullah itu adalah suara rasional dan waras. Nizar juga respon dengan rasional dan waras dengan langkahnya akan meninggalkan kediaman rasmi MB dan perlahan-lahan terpaksa akur bahawa Dr Zambry dan kerajaan BN adalah kerajaan 'de facto' di Perak setakat ini.

Soal "de jure" kerajaan Perak pimpinan Dr Zambry ini akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tetapi satu perkara perlu difahami dalam episod di Perak ini bahawa orang-orang Melayu dan rakyat yang menyokong Nizar dan Pakatan Rakyat bukan menentang Sultan Perak atau institusi raja. Yang mereka protes sebenarnya ialah Umno, BN dan Najib terutamanya. Hal ini akan dapat dilihat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada 7 April nanti.