
Walaupun Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli, tetapi dua orang yang diterima menjadi penyokong Barisan Nasional di Perak itu diingatkankan oleh Dr Mahathir sebagai mempunyai masalah.
"Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks".
"Apakah Umno begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan Umno (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan