KETUA Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak tidak menderhaka kepada Sultan Perak sepertimana yang dilaporkan oleh media siar arus perdana. Beliau menegaskan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.
Pakatan Rakyat, tambah beliau bersetuju untuk menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir pada 6 Februari lalu.
"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah. Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar... seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat KeADILan pada 6 Februari lalu.
Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini dan Pakatan Rakyat masih berpendirian bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah, katanya.
"Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional."
Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.
"Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang.
Pimpinan Pakatan Rakyat juga kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut," kata satu kenyataan Pakatan Rakyat yang ditandatangani Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

1 ulasan:
Kalau jadi le 916 agak2 mike kerajaan tu sah ke tak sah?
Catat Ulasan