Muqqadimah: Akibat tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti, majoriti mudah hilang dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan menabalkan Menteri Besar baru bagi pihak BN. Tuanku enggan membubarkan Dun dan mengarahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melatakkan jawatan Menteri Besar serta-merta. Sekaligus, ia menafikan hak-hak kerajaan asal mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Namun, Nizar enggan berbuat demikian lalu disitiharkan oleh BN sebagai derhaka terhadap Sultan. Apa yang jelas, kemelut ini mengundang "Krisis Perlembagaan" di Perak hingga kini mewujudkan dua Menteri Besar pada satu masa. Bagi menjejaki isu ini, AHMAD LUTFI OTHMAN dan TARMIZI MOHD JAM serta MUNIZAM ZAMRI memburu Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang sarat kontroversi ini di kediaman rasminya di Ipoh, 8 Februari lalu.
Baik, apa tindakan lanjut Dato' Seri bila telahan makin tepat, mereka 9Jamaluddin dan Osman) sudah "diculik" oleh BN?
Saya cepat-cepat bermesyuarat dengan Pakatan Rakyat tentang apa yang patut kita buat. Jadi kita syak dia "ke sana" sebab kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak ada. Jadi Sehinggakan Lim Guan Eng membuat keputusan kerana sangat bercelaru. Apabila suasana ini berlaku, kita syak perkara tidak elok dan Speaker mengeluarkan surat perletakan jawatan Osman dan Jamaluddin. Dan buat laporan kat SPR tapi SPR tolak. Maka tidak ada pilihan raya kecil menyebabkan Osman dan Jamaluddin bangun dalam persembunyian mereka dan memberi alasan mereka sakit dan pergi menjalani rawatan. Dalam kemelut tersebut, YB Hee pula hilang.
Apa yang terjadi dengan Adun Jelapang ini kerana sebelumnya tidak kedengaran beliau akan melompat?
Dia hilang. Ada sekumpulan datang menyatakan YB Hee dalam bahaya dan mengatakan 'kami diarahkan menjaga keselamatan YB Hee'. Tidak lama selepas itu datang pula laporan kononnya dia dalam keadaan cukup bahaya. Sewaktu itu, kalau kita tidak dapat hubungi dalam masa 24 jam dia dikira hilang. Dan kita tidak dapat hubungi. Maka keluar surat perletakan jawatan yang ke tiga.
Setelah dua surat dikeluarkan dan ditolak oleh SPR. Kemudian Speaker keluarkan satu lagi surat kepada SPR untuk Hee Yit Fong bagi pengosongan kerusi. Pada masa yang sama apa lagi tindakan Dato' Seri?
Ketika itu saya buat surat hendak jumpa dengan Tuanku untuk bubar Dewan Undangan Negeri (Dun). Itulah mulanya suasana yang berlaku hari ini kerana saya keluarkan surat untuk mohon perkenan bubar Dewan Undangan Negeri. Surat yang saya hantar bertarikh 4 Februari. Selepas keesokannya saya dengar cerita Najib (Tun Abdul Razak) akan panggil mengadap, ada majoriti dan sebagainya. Speaker pula ketika itu akan memfailkan di mahkamah yang mengatakan mereka (tiga Adun melompat) ini bukan lagi Adun. Itu sedang dalam proses. Sewaktu itu kita masih ada lagi 28 kerusi.
Bila Dato' Seri boleh mengadap Tuanku Sultan Perak bagi membincangkan kemelut ini?
Pada 5 Februari saya dipanggil mengadap dan Tuanku mengatakan bahawa sekarang BN mempunyai majoriti. Tuanku menyatakan telah memanggil semua 31 orang, iaitu 28 BN dan tiga bebas yang mana tiga bebas ini bersetuju untuk menyokong BN. Dan Tuanku menyatakan Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti lagi. Sewaktu itu kita sudah dapat baca. Saya merayu pada baginda.
Bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan