KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 15, 2009

Tok Guru Nik Aziz pada "Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak" di Taman Melewar Malam ini


Pn Norlaila Osman (kiri) bersama Pn Marsitah, Setiausaha Gerak Mansuh ISA (GMI)

TERKINI: MURSYIDUL Am PAS, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan ceramah pada Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak sempena 'Hari Memperingati Kezaliman BN' di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, 15 Feb, Ahad jam 9.30 malam.

Program anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan (JPN) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu turut mengundang Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang sah, Ustaz Misbahul Munir Masduki bagi mengupas isu terkini pergolakan politik di Perak.

Menurut Pengarah JPN PAS Wilayah, Haji Ishak Surin, program ini julung kali diadakan dan berkebetulan dengan krisis yang melanda Pakatan Rakyat Perak, maka kesempatan ini digunakan untuk menjelaskan kedudukan sebenar krisis tersebut kepada warga kota.

Selain mereka, PAS juga kata Ishak, mengundang adik Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy iaitu Dr. Norbit Mohd Nor untuk menyampaikan ceramah bagi mewakili keperitan hidup para pemimpin PAS yang dizalimi sebelum ini, termasuk abangnya, Allahyarham Dr. Burhanuddin yang menderita sakit ketika dalam tahanan ISA. Wakil Pusat Sokongan Keluarga ISA, Norlaila Osman juga akan menyampaikan ceramah bagi pihak mereka yang masih ditahan ISA.

Tegas beliau, jika mahu disenaraikan kekejaman BN terhadap PAS, sejak bermulanya perjuangan hingga kini, terlalu banyak derita yang diharungi oleh pemimpin terdahulu.
"Ada yang pulaukan masyarakat. Ada yang diherdik, dihina dan dijerkah. Lebih teruk dari itu, ada yang ditahan ISA, dibuang daerah malah ada juga yang dibunuh seperti Tragedi Lubuk Merbau dan Tragedi Memali," ujar beliau.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini khususnya pergolakan politik di Perak dan nasib kerajaan "haram" Dr Zamry Abdul Kader yang dijulang oleh BN.

Pada program itu juga, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan melancarkan buku Telaga Budi susunan Setiausaha Politiknya, Anual Bakri Haron. Ia diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn. Bhd. Hadirin boleh mendapatkan senaskah pada malam itu dan akan dijual dipintu masuk utama dewan.

Tiada ulasan: