KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 10, 2009

Kini dua PRK diadakan di BUKIT selepas Pakatan menang besar di PERMATANG dan KUALA! Apakah nasib kali ini?

Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Adun Bukit Selambau

POLITIK Malaysia terus bergolak, teruji dan diuji. Belumpun usai episod kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, PAS khususnya diuji lagi dengan kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham Roslan Shahrom.

Bukit Gantang adalah salah satu kawasan Parlimen yang dimenangi oleh PAS pada pilihan raya umum lalu selain Parit Buntar yang diwakili Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Roslan pernah sekali sebelum ini, menguji nasib di Bukit Gantang tetapi tewas. Nasibnya lebih gemilang pada pilihan raya lalu, menang di sini menewaskan Bendahari Umno, Dato Azim Zabidi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu notis rasmi dari Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Bernama Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu menerima notis rasmi terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Katanya, speaker dewan perlu memberi notis rasmi kepada pengerusi SPR supaya mesyuarat khas diadakan untuk membuat keputusan berhubung pilihanraya kecil.

Roslan, meninggal dunia pagi ini di Batu Gajah dipercayai kerana serangan jantung semasa sedang menunggang basikal untuk ke farmasi.

Perkembangan di Kedah pula, selepas beberapa jam melepas jawatan Exco Kerajaan Negeri, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Ia sungguh mengejutkan tetapi tindakan itu lebih mulia dari tindakan Adun Behrang dan Changkat Jering yang melompat parti.

Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Menurut Dr Abd Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu. Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya.

Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Adun Bukit Selambau.

Arumugam mendakwa berdepan dengan ugutan supaya meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai BN. Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai BN. Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu. Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti. Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi. Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1). Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli Exco kerajaan negeri.

Tahun lalu, Anwar Ibrahim menang besar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh setelah isterinya meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen kawasan itu. Ia merupakan pilihan raya kecil pertama di negara ini selepas pilihan raya umum 2008. Ia melibatkan parti KeADILan.

Kemudian awal tahun ini, satu pilihan raya kecil diadakan di Kuala Terengganu berikutan kematian anggota parlimennya, Tan Sri Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran dari BN. PAS diuji dan menang besar dengan peningkatan undi dari peti undi lokaliti Melayu. Ia juga mengejutkan BN dan mencemaskan Najib Tun Razak.

Nampaknya kekuatan BN terus diuji dan dicabar. Bermula di PERMATANG kemudian beralih ke KUALA dan kini dua pilihan raya kecil diadakan di BUKIT pula. Semuanya penting untuk Pakatan Rakyat khususnya di Bukit Gantang yang di dalamnya ada Dun Changkat Jering. Di isnilah, kita akan melihat sejauh manakah bantahan pengundi terhadap Osman Jailu mellaui undi yang dicampakkan pada lokaliti dalam Dun ini untuk Parlimen Bukit Gantang.

Tiada ulasan: