KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 07, 2009

Suhakam pertikai pembentukan kerajaan baru di Perak


SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa satu pilihanraya yang bebas dan adil perlu dilakukan kerana ia merupakan satu hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Suhakam berberpendapat pilihan raya yang baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama di mana kesahihan surat peletakan ahli dewan undangan negeri (Adun) diragui.

Menurut kenyataan itu lagi, sempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihan raya yang adil dan bebas.

2 ulasan:

slyxough berkata...

voir ceci ici Dolabuy Gucci sites réplique dolabuy aller sur ce site Web sacs de répliques en ligne

thoathesl berkata...

replica bags wholesale in divisoria gucci fake k8s28w9w29 replica bags philippines greenhills continue reading this u0e15s7x67 cheap designer bags replica replica bags chicago company website s5z45f1n22 louis vuitton replica handbags replica bags online shopping