KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 11, 2009

DAP cadangkan Nizar Jamaluddin: PAS belum putus lagi, siapakah calonnya di Bukit Gantang?


TIMBALAN Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS Pusat sehingga kini belum memutuskan lagi nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil P056 Bukit Gantang, Perak. Siapa pun nama dicadangkan, beliau berkata biar mesyuarat putuskan pada malam ini, 11 Februari.

"Biar kami bermesyuarat dulu termasuk persiapan pilihan raya dulu dan calonnya pun kita tidak boleh tentukan lagi," katanya.

Malah katanya, biarpun DAP Perak mencadangkan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, PAS tidak boleh menerimanya bulat-bulat.

"Tak apalah dia (DAP) nak cadang, cadanglah tetapi semuanya akan ditentukan oleh pimpinan parti dan kita akan menerima dahulu laporan-laporan dari Perak dan kita mengikut prosedur-prosedur yang betul pemilihan calon seperti di tempat lain.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khor Ham mencadangkan Nizar sebagai calon Bukit Gantang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat anony, orang yang layak jadi calon mestilah orang tempatan yang disokong oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat dan diterima oleh rakyat setempat. Selain daripada itu mestilah berilmu dan berakhlak mulia.

Bakal calon ini juga mesti tahu adat budaya orang perak sama ada melayu, cina atau pun india agar mudah mendekati pengundi dan menerangkan dengan jelas apa saja masaalah yang telah dicetuskan oleh UMNO-BN dalam negeri perak.

Anony tidak mencadangkan Datok Seri Mohammad Nizar atau Mat Sabu menjadi calon di B. Gantang adalah kerana parti PAS mesti sentiasa melahirkan pelapis yang berkelibar dan berwibawa agar parti tidak ketandusan pemimpin dalam parti dan dalam kerajaan.

Parti PAS perlu bersedia dari pada sekarang untuk mengambil alih tempat UMNO yang dilihat tidak mesra rakyat lagi.