KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 25, 2009

Anak Ketua SPRM, Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan dituduh mengimpot bahan lucah?

SAYA MEMETIK BERITA PANAS DARI AUSTRALIA... Tapi dikutip dari blog cucu Yoep Majlis. Orang Lambor Kanan juga. Satu kampung dan rumah Allahyarham Yoep Majlis tak berapa jauh dari rumah ayah saya di Kg Teluk Bedayung tu. Blog beliau sudah dilinkkan pada sudut sebelah kanan blog ini. Namanya Abdul Rahman Hasyim, orang kuat Umno Setiawangsa. Bapa Saudaranya, Dato' Hambal Yoep Majlis pernah jadi Adun Bota dan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Kisahnya begini, lapor Blog Locengwangsa: Anak kepada Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan (Foto) Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia.

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang itu. Menurut sumber-sumber berita yang dipetik daripada beberapa laman web antarabangsa diantaranya 'AdelaideNow' (www.news.com.au/adelaidenow) bertarikh 8 Februari 2009, begitu juga berita ini disensasikan di dalam laman web ABC News.

Pegawai kastam Australia dikatakan telah menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

Baca DI SINI ada banyak lagi!


"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Di dalam beberapa kupasan/forum di internet rata-rata memberikan pendapat betapa kehinaan yang telah menimpa Ahmad Said Hamdan sebagai satu "balasan" terhadap sikap Ketua SPRM itu yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang kerana beliau dikatakan terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam beberapa tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan telah mengeluarkan kenyataan semberononya yang mengaitkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang dikatakannya telah disiasat oleh SPRM berhubung dengan satu aduan yang menyebutkan Menteri Besar itu telah menyalahgunakan kuasanya berkaitan dengan penyenggaraan kereta peribadinya dan juga isu pembelian lembu korban yang dilihat ada kes untuk didakwa. Menurutnya kes ini akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Banyak pihak mempertikaikan cara Ahmad Said bertindak, kerana mereka berpendapat Suruhanjaya (SPRM) hanya perlu menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara dan jabatan tersebut yang seharusnya menentukan samada ada kes atau tidak terhadap Khalid Ibrahim. Kalau Ahmad Said boleh membuat kenyataan sedemikian, maka agensi lain seperti Polis juga boleh membuat kenyataan bahawa hasil dari siasatan mereka, contohnya kes bunuh, "sianu dicadangkan didakwa kerana terdapat bukti dia telah membunuh mangsa".

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
jawatan yang kita pegang adalah satu amanah yang wajib kita laksana dengan adil. bagi orang mukmin ia merupa satu ibadah. tindakan yang kita ambil akan menjadi pahala atau sebaliknya hanya allah sahaja yang mengetahui.

lan-b.

Panglima Perang Cyber berkata...

Adakah sudah jelas siapa bersalah dalam hal ini?

Adakah jika benar disabitkan kesalahan maka adakah ia bermakna SPRM sudah terjangkit dengan kes tersebut ?

Ini tidak lain cubaan memburukkan nama SPRM dan ia tidak lain kerna ada pihak ingin menyokong tindakan rakan mereka yang disiasat SPRM yang baru dirasmikan semalam.


SPRM harus teguh dan terus mendedahkan dan menghadapkan ke mahkamah sesiapa sahaja dari mana mana parti.

Jika tidak SPRM akan dilihat sekadar rebranding sahaja ..

SPRM akan diingat sebagai legasi Pak lah yang paling berkesan dan berperanan untuk membasmi rasuah di malaysia.

Jangan kerana tekanan ini bakal melemahkan semangat SPRM.

Teruskan SPRM bongkar. !!!


kami bloggers BPN tetap teguh menyokong tindakan tersebut.

taipingmali berkata...

Agaknya kalau kena kat batang hidung orang PR sudah tentu itu satu perancangan jahat BN. Andai dalam sehari dua ni anak Bang Nuar ditangkap kerana menghisap dadah atau mencabul anak dara orang. Apakah PR akan dongengkan cerita sensasi ini?

AbgTuah berkata...

SALAM..

KENAPA CERITA NI DIKAITKAN PULA DENGAN SPRM DAN PENGERUSI SPRM. ORANG YG MENGAITKAN KISAH INI MEMANG JELAS NAMPAK BERNIAT BURUK TERHADAP SPRM. HANYA KERANA SPRM MENYIASAT MB KHALID DAN MENEMUI BUKTI KUKUH THEN PENGERUSI SPRM PULA DISERANG.

BEGINI..AKU SELALU DI TUNGJUKAN VIDEO LUCAH DAN VIDEO KEJAM OLEH PENYOKONG PEMBANGKANG YG MENYIMPAN NYA DIDALAM MEMORY HANDSET. SEKIRANYA SATU HARI MEREKA NI PERGI KE LUAR NEGARA..DAN TERLUPA DAN TAK MENYEDARI BAHAWA VIDEO DIDALAM HANDSET TERSEBUT ADALAH BAHAN LARANGAN DIBAWA MASUK KENEGARA YANG DILAWATI. OLEH KERANA TIDAK BERNASIB BAIK MAKA PIHAK KASTAN DAN IMIGRASION TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN RAMBANG DAN SI PENYIMPAN VIDEO TERSEBUT TERSANGKUT TERTANGKAP.

BEGITU JUGALAH KES YANG TERJADI KEPADA ANAK PENGERUSI SPRM..VIDEO TERSEBUT ADALAH VIDEO DALAM LAP TOP DIA DAN BELIAU TELAH PUN DIDENDA DIATAS KESALAHAN DIA. MEMANG TINDAKAN DIA TIDAK TERPUJI TAPI ITU APA KENA MENGENA PULA DENGAN BAPANYA YANG MENJALANKAN TUGAS DENGAN TELUS SERTA BERINTEGRITI.

KENAPA DITUDUH KERANA BAPA NYA PENGERUSI SPRM DIA TAK DIDAKWA..WAHAI SAHABAT DENGAR SINI..KESALAHAN YG DILAKUKAN DI LUAR NEGARA APA KENA MENGENA DENGAN DIA PERLU DIDAKWA DIDALAM NEGARA. KENAPA PULA SPRM YG PERLU DAKWA DIA..INI BUKAN KES RASUAH ATAU SALAH GUNA KUASA.

KAU JANGAN KATA AKU MEREKA CERITA..SEBENARNYA PENYOKONG PEMBANGKANG YG KATA KERANA DIA ANAK SPRM MAKA DIA TERLEPAS DARI DIDAKWA. TELINGA KAU SENDIRI DENGAR. APA KE BODOH SANGATLAH..ISHHH..ISHHHH..ISHHHH

KALAU FASAL VIDEO LUCAH NI..AKU NAK TANYA BETUL-BETUL SAPA YG PAKAR DAN SUKA SANGAT LIHAT..KONON LIHAT UNTUK JADIKAN TAULADAN...SAPA WAHAI LEBAI PAS DAN PKR?

JADI CERITA MACAM NI KAU BOLEH TEMBERANG ORG KAMPUNG YG TAK TAHU APA2...

Tanpa Nama berkata...

UNTUK DIFIKIRKAN OLEH ABG TUAH, TAIPING MALI DAN PANGLIMA PERANG CYBER

SPRM Double Standard: Rupanya Si Ahmad Said Membalas Jasa PM Selamatkan Anaknya
Dilulus terbit pada Sunday, February 22 @ 20:27:08 MYT oleh TokBatin


Oleh puyuh

"KUALA LUMPUR - Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata.

Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan. . Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah" ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini. Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son? Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post. The email is apparently addressed to zakaria@mot. gov.my. Here's a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot. gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction. I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA
Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.. Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.

[Dengan pendedahan ini, kami amatlah berharap agar ada pihak yang akan tampil dan membuat berbagai lagi pendedahan supaya rakyat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku. SPRM begitu beriya dalam kes lembu MB Selangor, walhal sumbangan lembu-lembu yang diberikan oleh syarikat kerajaan dan korporat adalah fenomena biasa yang dibuat di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka gagal untuk membezakan "penyelewengan" dengan "tanggungjawab sosial". Begitu juga dengan kes penggunaan kereta Lexus MB Selangor, yang dikatakan melibatkan penyelewengan lebih RM7,000 itu. Walhal kes yang melibatkan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Exco Terengganu zaman MB Idris Jusoh yang dilaporkan oleh MB Mat Said sebelum ini mencecah ratusan ribu ringgit sebenarnya. Tetapi kenapa SPRM mendiamkan diri seribu bahasa!! Mana siasatan dan pendakwaan yang dilakukan? Padahal kes itu lebih nyata dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Maka yakinlah kita sekarang bahawa SPRM sudah jauh terpesong dari matlamat asalnya. Jika tanggungjawab sosial dianggap "penyelewangan kuasa dan rasuah" maka sila siasat dan dakwa semua pemimpin UMNO yang menggunakan jentera kerajaan dalam setiap kali musim pilihanraya !! Juga sila dakwa MB UMNO yang banyak menerima sumbangan daripada pihak korporat dalam hal derma kepada rakyat seperti sumbangan basikal, beras, pakaian sekolah serta lain-lain lagi termasuk derma bencana alam. Bukankah semua itu juga boleh dikira rasuah, kerana yang memberi itu sudah pastinya akan mengharapkan sesuatu pulangan yang setimpal dari pihak kerajaan].

http://pahangdaily. blogspot. com/

Tanpa Nama berkata...

My brothеr suggested I might like this blog. Hе was totally right.

Thiѕ post truly mаdе my day.
You cann't imagine just how much time I had spent for this info! Thanks!

Feel free to surf to my web-site payday advance

Tanpa Nama berkata...

At this moment I am гeady to do my bгeakfast, ωhen
having mу bгeakfast coming уet again to гead morе nеwѕ.



Here is my blog poѕt :: payday loan

Tanpa Nama berkata...

Ӏ'd like to find out more? I'ԁ wаnt to find out some additiοnal іnfοrmatіon.


Ϻу рage :: small loans

Tanpa Nama berkata...

Ι ωаs гecommendеd this web site bу mеаns of my cousin.
I am not рοsitiνe whether this post is written
via him аs nobоdy еlѕe reсognize such ѕpеcifіed about
mу problem. You're amazing! Thank you!

Also visit my site :: Property for Sale

Tanpa Nama berkata...

Hellо my loνed οne! I wish to ѕаy that thiѕ artіclе is
аweѕοme, niсe writtеn and come ωіth approхimately
аll νital infos. I'd like to look more posts like this .

my site payday loans online

Tanpa Nama berkata...

Fаstidious гeѕponse in return of thіs difficulty ωith
ѕolid arguments and telling all on the topіc of that.


Feel frеe to vіsit my weblog - Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

This poѕt will help the internеt viѕitогs
for сrеatіng new web site or even a
blog fгom start to end.

Αlso visit mу page Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

I got thіs sіtе frοm my ρаl who shared wіth me concеrning this
web sitе and noω thіs time I am viѕiting thiѕ web pаge and
гeading vегy informative articles here.


Нave a look at my webpagе; payday loans

oakleyses berkata...

new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags

jeje berkata...

jinyi925
ralph lauren uk
golden goose
moncler outlet
adidas clothing
pandora jewelry
true religion jeans outlet
birken stock
ralph lauren polo
moncler outlet
tod's outlet

Tanpa Nama berkata...

replica bags blog replica bags online pakistan 7a replica bags wholesale

Tanpa Nama berkata...

view dolabuy.su click here to read best replica designer bags my link have a peek here