Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas mengadap Tuanku Sultan Perak
Sidang media Nizar di Pejabat Menteri Besar 6 Februari lalu ketika Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahman Hashim mengusir beliau dan mengosongkan semua barangan milik Nizar
Mantan Adun Bota, Usaili Alias yang turut ditahan akibat rasuah oleh SPRM tahun lalu. Sebelah beliau, SU Politik Misbahul Munir Masduki.
RAKAN sekampung saya, Johari Jaafar melaporkan petang tadi kisah sewaktu kunjungan kali akhir MB ke Bangunan SUK bersama para exconya. Lapor Johari, tindakan zalim BN yang merampas kuasa daripada Kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah dan tidak bermoral telah meningkatkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.
Di mana-mana beliau berada, orang ramai berpusu-pusu bersalaman dan memberikan sokongan padu kepadanya. Hari ini (Jumaat 6 Februari 09) Dato' Seri Ir Mohamad Nizar menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy.
Pada masa yang sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga menunaikan solat Jumaat di situ. Selepas solat Dato' Seri Hj Nizar dikerumuni oleh orang ramai, mereka bersalam-salaman dan berpelukan.
Masing-masing menyatakan sokongan dan simpati kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Zahid Hamid.
Ada yang mengalir air mata manakala laungan takbir bergema di Masjid Jalan Dairy. Sementara, Datuk Zahid selepas menunaikan solat terus meninggalkan masjid dan tiada siapa yang mengerumuninya.
Pada sebelah paginya, Menteri Besar Perak telah dilayan dan dihalau dengan tidak sopan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki, kejadian itu berlaku ketika Nizar bersama semua exconya berada di Pejabat Menteri Besar. Ketika itu Menteri Besar sedang dikerumuni oleh para wartawan yang begitu ramai untuk membuat liputan.
Misbah mendakwa pihak polis turut digunakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri setelah pihak keselamatan Pejabat SUK tidak sampai hati berbuat demikian.
Kedatangan Menteri Besar dan exco disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai keselamatan Pejabat SUK, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pejabat turut menyambut dan ada yang mengiringi Nizar ke pejabatnya.
Menteri Besar sempat melawat beberapa pejabat exco yang lain. Sebahagian pejabat telah dikunci dan tidak dibenarkan masuk, antara pejabat exco yang dilawati ialah Pejabat Dato' Ngeh Kho Kham.
Menurut Ngeh, banyak fail-fail di rak fail telah tiada, hanya fail dan dokumen peribadi Ngeh sahaja yang ditinggalkan di atas meja.
Sebelum meninggalkan bangunan SUK, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pejabat mengerumuni dan bersalaman dengan Nizar. Dari riak muka yang ditunjukkan semuanya menampakkan sayu dan sedih, ada juga yang menitis air mata.
Mereka bersedih kerana pemimpin yang disayangi, mudah didampingi, mesra dan suaranya yang sentiasa memberi nasihat selepas solat Zohor tidak akan didengari lagi selepas ini...
Ramai juga yang bersalaman dengan Misbahul Munir, Setiausaha Politik kepada Nizar dan berpeluk-pelukan.
"Saya sempat berbisik dengan beberapa orang yang bersalaman dengan saya, "Insyallah, kalau ada kejutan nanti, kami akan kembali semula ke sini," kata Misbah.

5 ulasan:
Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.
Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin
Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.
Semua harus hadir...
abang mizi, apa kata setiap rakyat perak tulis surat rayuan kepada kebawah duli Tuanku berhubung isu panas ni. kita minta pecinta demokrasi karang surat tersebut dalam bahasa yang indah merayu agar pilihan rakyat didengari. Harap tuan dapat jadi penganjurnya.
Budak sayong reformasi
Melihat pada tingkahlaku Sultan Perak, nampaknya surat rayuan sudah tidak diperlukan lagi. Tak akan ada perubahan. Mana ada raja atau sultan yang akan mengaku salah bila membuat kesalahan..?
Seperti yang dikatakan oleh beberapa para komen blog, UMNO dan Sultan Perak memerlukan antara satu sama lain.
UMNO mahukan kerajaan negeri perak dengan percuma tanpa ada pilihanraya DUN. Dan sultan pula mahukan UMNO menyokong kuasa rajanya mesti dikekalkan sehingga ketangan anaknya Raja Muda Nazrin.
Jikalau UMNO dan Sultan dilihat perlu dan memerlukan antara satu sama lain, bolehkah Pakatan Rakyat mencelah ditengah-tengahnya minta keadilan...? Jawabnya adalah "seperti menunggu buah tak jatuh". "gajah sama gajah mengawan kancil tersepit dicelah kaki".
Persoalannya jikalau sultan turut kehendak Pakatan Rakyat, adakah kedudukan anaknya Raja Muda Nazrin akan ada jaminan dan disokong sehingga menjadi sultan sedangkan kedudukan Raja Muda itu seperti telor dihujung tanduk...?
Sultan Perak tidak mahu pekara seperti dinegeri sembilan berlaku keatas anaknya. Sila buat rujukan asal usul siapa sebenarnya yang layak menjadi sultan Perak.
Dalam perancangannya, Raja Muda Nazrin mesti ditabalkan menjadi sultan perak semasa BN memerintah Perak sebelum tibanya pilihanraya ke 13.
Kesimpulannya siapa yang punya angkara menjadikan negeri Perak huru-hara..? Adakah mereka ini yang terlibat...?:-
1. 3 ADUN Pakatan Rakyat
2. UMNO pimpinan Najb/Zahid Hamidi
3. SPR
4. Pembesar istana/Sultan.
Siapa pula yang menambahkan lagi huru-hara. Adaka mereka juga terlibat...?:-
1. Media arus perdana
2. Pencacai/pemimpin tua UMNO
3. NGO pro UMNO
Dalam keadaan yang tidak ketentuan ini hendaklah kita sentiasa berwaspada terhadap tindaktanduk pihak lawan dan Pakatan Rakyat mesti sentiasa bersatu agar dilihat kuat.
yang merosakkan PR di Perak ialah orang PKR sendiri..nape tak jaga mereka berdua tu, satu lagi orang DAP itu, nape dibiarkan..itu lah asyik dok nengok Nizar je, lupa nak nengok dia orang..lagi pun elok lah Nizar tu diturunkan, ganti orang DAP, Nizar sombong dan angkuh kan..
aku melihat pairing kitingan 19??, koh tsu koon, idris jusoh bila hilang jawatan tak menggelabah ... memalukan parti yang mengaku islam je
Catat Ulasan