KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

Mengapa Sultan Perak sokong kerajaan yang hidup dengan sokongan orang dituduh rasuah?


SAYA tertarik dengan tulisan tajam Penarik Beca dalam isu ini. Beliau mahu Raja tidak memihak. Dalam ertikata lain, Raja sepatutnya menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mereka melalui pilihan raya semula.

Katanya, Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat,
Malaysiakini melaporkan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkata. Saya malas nak pi cari widget untuk buat undian sebab tak dan.

"Gini, dah istana kata nak berlaku adil, kita nak tengok istana berlaku adil kepada semua.Katakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya tangkap katak dan jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baru," kata Penarik Beca.

Jika Agong terima, itu bermakna beliau memihak kepada Anwar (tolong ingatkan saya ayat yang saya tulis ni kot-kot saya lupa pulak nanti). Jika dia tolak, itu dianggap memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Tetapi saya nak tanya, bersetujukah anda kalau saya katakan perbuatan Sultan Perak mengizinkan penubuhan kerajaan baru Perak dengan sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah adalah perbuatan memihak kepada kerajaan baru yang akan hidup atas sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah?Kalau tak setuju dengan saya, tulis ja tak setuju.

Lepas tu, kalau nak hentam aku pun, lantak pi kat hampa la.Kalau setuju, tulis setuju. Tapi jangan maki hamun orang lain sebab kalau ada maki hamun orang lain secara spesifik, saya akan tekan reject dan tidak akan disiarkan. Kalau hampa maki aku, aku tak peduli pun. Aku siar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Aku rasa sultan sokong pertukaran pemerintahan negeri perak sebab tak mahu majoriti dun adalah dari golongan DAP (6 exco).