KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 17, 2009

"Derhaka dengan Allah lagi teruk" - kata Tok Guru Nik Aziz kepada lebih 10,000 hadirin semalam di Markaz PAS Taman Melewar





























SEMALAM saya mempengerusikan "Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak" di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Lautan manusia mengurungi pentas. Suatu yang tidak diduga, sambutan luar biasa sekali. Sedikit lagi, kutipan derma jihad mencecah RM10,000 apabila saya melancarkan kutipan derma jihad untuk operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.

"DERHAKA kepada Allah lagi teruk dari derhaka sesama manusia. Hukum Tuhan tak boleh dilawan. Tuhan kata buat, kena buat. Kalau suruh tinggal, kena tinggal," tegas Mursyidul Am PAS kepada lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Ahad lalu.

"Hukum Tuhan ni sama saja. Baik kepada rakyat biasa, baik kepada Raja. Wajib kepada rakyat maka wajib juga kepada raja. Haram kepada Raja maka haram juga kepada rakyat. Tak ada beza," ujar beliau dalam ceramah singkatnya sempena 'Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak' anjuran PAS Kawasan Batu.

Hadirin yang memang menunggu kehadiran Menteri Besar Kelantan itu, tidak berganjak langsung. Dewan Ustaz Fadzil Mohd Noor penuh sesak, di luar berhimpit-himpitan hingga ke jalan utama Taman Melewar. Mereka datang kerana mahu mendengar sendiri ulasan terkini pemimpin terhadap kemelut yang melanda Perak.

Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki menceritakan susur galur kisah lompat-melompat hinggalah kerajaan "haram" BN ditubuhkan oleh Najib Tun Razak. Rupa-rupanya, sebelum ini juga ayah Dato' Seri Tajol Rosli, Ghazali Jawi pernah mahu dipecat oleh Tuanku Sultan Idris dari jawatan Menteri Besar, tetapi gagal dilakukan kerana halangan Perlembagaan Negeri.

Akhirnya, ulas Misbah, Sultan Idris terpaksa bernazar selama dua penggal tidak mencukur misai dan janggut, selagi Ghazali Jawi masih menjadi Menteri Besar.

Salahuddin Ayub menolak tohmahan Umno kononnya Dato' Seri Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Tuanku Sultan Perak apabila melafazkan "sembah derhaka" kepada baginda. Dengan mengungkit kembali beberapa filem Melayu klasik popular, istilah "sembah derhaka" dapat diterjemahkan dengan baik. Antaranya kisah ketika Si Tuah didatangkan semula oleh Datuk Bendahara untuk membunuh Si Jebat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat yakin, Umno sengaja memainkan isu "derhaka" untuk mencari pengaruh baru. Sedangkan katanya, tokoh-tokoh bahasa sependapat istilah "sembah derhaka" yang digunakan oleh Nizar itu penuh beradab, wibawa, bertatasusila dan sopan.

Turut berucap Puan Norlaila Osman, aktivis Pusat Sokongan Keluarga ISA yang berkongsi kegetiran dengan hadirin. Suaminya sudah tujuh tahun ditahan ISA dan beliau terpaksa berjuang bagi membebaskannya.

Adik Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Dr. Norbit Mohd Noor diberi penghargaan untuk berucap sama. Turut hadir, Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor Mohd. Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin memulakan muqadimah ceramah pada malam itu.

Tok Guru Nik Aziz juga melancarkan buku "Telaga Budi" susunan Anual Bakri Harun, Setiausaha Politik beliau yang diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn. Bhd. Buku setebal 218 muka surat itu dijual RM18 senaskah.

Himpunan yang itu berjaya mengutip derma jihad mencecah RM10,000 pada malam itu. Derma untuk kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, kata beliau.

Di luar dewan, kempen referendum mohon Dun Perak dibubarkan mendapat sambutan luar biasa. Anak-anak Perak perantauan menurunkan tandatangan bagi mohon perkenan Tuanku Sultan membubarkan Dun secepat mungkin.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan anda semua pada malam itu. Dan terima kasih kepada semua yang bekerjasama termasuk Setiausaha Politik MB Kelantan, Anual Bakri Harun, Masri Soed, CEO Anbakri Publika Sdn. Bhd. dan para petugas PAS Kawasan Batu yang cekal.

5 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Inilah hebatnya manusia yang bernama Nik Aziz Nik Mat ini. Tinggi akal budi, hebat martabat ilmu, hemah dalam pertimbangan, bersusur galurkan darah Raja Pemerintah Kelantan, tetapi masih lagi sederhana dan rendah diri orangnya.

Rugi kepada sesiapa yang tidak manfaatkan ilmu yang tersemat didadanya, ulama' terbilang yang begitu cintakan akhirat. Moga Malaysia dianugerahkan lebih ramai tokoh-tokoh Ulama seperti beliau di masa hadapan. Amin.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Lobai Kampung berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lobai Kampung berkata...

Kehebatan tok guru adalah kehebatan yang disandarkan kepada ketegasan kepada Islam. Benarlah kata saidina Umar, kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam kita akan dihinakan. Justeru, semua pimpinan diharap dapat meneladani akhlak beliau

sokong tok guru
www.lobai-kampung.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ramainya orang..kerja tak ada dah sekarang..dengar ceramah jea lah...

Tanpa Nama berkata...

abe mie ni sinis. bukan sebab orang tak dak kerja tapi sebab cakna politik kian hebat. BN dah takleh tipu orang. BN dah takleh makan orang lagi. Rakyat dah sedo sebab itu apa jua isu orang ramai dengor. Bukan tak dak kejer. Tapi tak pulak abe mie kata yang dengor konsert setan tu, orang dah takdak kerjer. Yang dengor perhimpunan Umno tu, takdak kerjer... apa laa abe mie. dunia dah laju ke depan...