KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 07, 2009

Perarakan membantah angkat sumpah Zamry Kader bukti api amarah rakyat makin bergelora


MENTERI Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin berpendapat, perhimpunan yang diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar menggambarkan gelombang amarah rakyat selepas negeri tersebut kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

"Gelombang rakyat ini adalah hasil daripada rasa hak mereka yang dirampas kerana rakyat berhak untuk berasa marah apabila hak mereka diambil begitu sahaja," katanya kepada Harakah.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat agar tidak keterlaluan dan menghormati peraturan yang ditetapkan tanpa menjejaskan keselamatan umum. Ditanya mengenai majlis pelantikan Menteri Besar baru yang dijalankan petang 6 Februari itu, beliau menyifatkannya sebagai tidak sah.

"Kalau bentuk kerajaan dan pelantikan menteri besar melanggar perlembagaan negara ianya dianggap sebagai tidak sah atau dengan kata lainnya haram," ujarnya.

Tegasnya, rakyat Perak telah menyatakan sikap mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan Sultan Perak dengan mengadakan pelbagai cara.

"Rakyat tidak terima dan mereka mahukan cara yang dijamin oleh perlembagaan iaitu pilihan raya, bagi mendapatkan majoriti yang lebih besar serta menjelaskan lagi keadaan agar ianya stabil," tegasnya.

Oleh yang demikian, pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang bagi meminta tiga Adun yang kini dikategorikan sebagai wakil rakyat bebas mengisytiharkan status sokongan mereka selepas pelbagai insiden berlaku.

"Kita telah memfailkan kes di mahkamah Ipoh bagi menjelaskan kedudukan tiga Adun yang terbabit sehingga menyebabkan situasi kacau bilau sekarang ini," katanya.
Mengulas lanjut mengenai sembilan tangkapan yang terlibat dengan perhimpunan di Masjid Ubudiah, beliau melahirkan rasa syukur, kesemuanya dibebaskan.

Tiada ulasan: