TANPA diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak, akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan.
Isunya menghina dewan. Bukan dewan orang ramai atau dewan serba guna. Tetapi mereka MENGHINA DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN). Orang Umno dan BN patut tahu dan cakna tentang isu penghinaan Dun ini. Jangan mentang-mentang telah berjaya menumbangkan kerajaan Perak secara tidak bermoral itu, mereka boleh sewenang-wenangnya memukul dan merobek Dun yang dijaga oleh Sivakumar.
Tegas Nizar Jamaluddin di Behrang hujung minggu lalu, kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini.
Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tidak dilakukan pada Mei ini, maka secara automatik pembubaran DUN sekaligus menyaksikan pilihan raya diadakan di seluruh negeri Perak.
"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh... tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.
"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar dengan penuh semangat sambil menggesa para pengundi menolak Umno dan BN dalam pilihan raya yang akan datang.
Nizar sekali lagi menegaskan kepada hadirin bahawa beliau adalah Menteri besar yang sah, yang dilantik Sultan dan tidak menerima sebarang pembatalan ke atas jawatannya itu.
"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan