KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 15, 2009

Mereka yang tuduh GMP samseng, Hassan Ahmad sifatkan sebagai orang 'bangang'!


PENGERUSI Karyawan, Dato' Hassan Ahmad menyifatkan mereka yang menuduh Gerak Mansuh PPSMI (GMP) sebagai samseng bahasa adalah orang 'bangang' yang bercakap tanpa fakta.

"Saya ingat orang itu bangang! Kita ini samseng ke? Yang tidak ada intelektual ialah mereka (yang menuduh). Inilah yang menyebabkan kita marah," katanya ketika sidang media GMP di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa Pustaka, 12 Febuari baru-baru ini.
Hassan yang juga Pengerusi GMP menyifatkan mereka yang menuduh tanpa asas itu sebagai orang yang sudah kalah untuk berhujah.

"Inilah mereka berhujah, hujah orang yang sudah kalah. Mereka gunakan bermacam-macam cara itulah samseng dan gila bahasa," katanya.

Malangnya, kata Hassan mereka yang disifatkan 'bangang' itu takut untuk berdebat dengan GMP kerana gabungan itu terdiri daripada kalangan intelektual dan pakar dalam Bahasa Melayu.

"Bila kita ajak bahas mereka tidak mahu. Dia takut! Macam dia takut hendak menghadapi pilihan raya kecil," tegasnya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said, Timbalan Pengerusi GMP Dr Mohd Shaharir Mohamad Zain dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana GMP, Suhaizan Kaiat. Hassan juga turut menafikan tuduhan yang mengatakan GMP menjadi alat politik parti pembangkang. Bahkan, beliau menegaskan gerakan itu tidak ada batas politik dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mereka asalkan ia adalah rakyat Malaysia.

"PAS, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Muhyiddin, Najib ke... mereka boleh sokong GMP sebab mereka rakyat Malaysia. Mereka dipilih rakyat Malaysia. Semuanya rakyat Malaysia, jadi tidak ada kepentingan politik," katanya.

Tegas beliau lagi, GMP juga cuba untuk mengadakan kerjasama dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya, pada 17 Feb ini GMP akan menyerahkan memorandum Membantah PPSMI kepada wakil rakyat agar membahaskan atau mengusulkan di dalam Dewan Rakyat.

Tambah Hassan penuh semangat, GMP akan tetap meneruskan 'Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah PPSMI' pada 7 Mac nanti.

"Tetapi jika ada keputusan mengejut, kerajaan mahu mansuhkan PPSMI, kita akan adakan sambutan meraikan ucapan terima kasih kepada kerajaan," kata Hassan.


Tiada ulasan: