Benarkah rakyat Perak bangkit kerana marahkan Tuanku Sultan Perak atau kebajingan pemimpin BN yang mengambil kesempatan untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat?
Boleh Dato' Seri perbetulkan apa yang disebut ketika sidang media tentang nak bubar Dun sebelum mengadap Tuanku Sultan. Sebab media sudah gembar-gembur kononnya Dato' Seri telah bubar Dun sebelum mendapat perkenan Sultan?
]
Saya hendak pergi ke Istana pada pukul 3.30 petang. Dan terima SMS Najib akan buat sidang akhbar pada pukul 4.00 petang hendak mengumumkan dia mempunyai majoriti. Maka saya cari jalan bagaimana untuk mematahkannya. Temujanji saya dengan Tuanku hendak minta bubar Dun pukul 5.00 petang. Kita lebih terkehadapan. Saya dalam perjalanan berjumpa Tuanku nak minta bubar Dun. Saya nyatakan niat saya hendak pergi jumpa Tuanku, nak minta bubar DUN. Itu dikuti oleh media dalam konteks kononnya Nizar bubar DUN.
Niat saya hendak pergi melalui temujanji pukul 5.00 petang itu saya pergi 3.30 petang. Sebelum saya pergi saya telefon dan saya nyatakan saya hendak jumpa Tuanku minta bubar Dun. Dan diambil itu bahawa Nizar bubar DUN.
Gambaran yang dipaparkan oleh media seolah-olah, banyak tindakan dibuat oleh Dato' Seri seorang. Bagaimana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat?
Gambaran yang dibuat media arus perdana seolah-olah untuk menonjolkan saya. Tetapi kenyataan-kenyataan lain tidak dikeluarkan. Cerminan dalam bentuk gambar, 'body language', kami bersama. Secara tidak langsung terasa dalam diri saya, saya hanya terkedepan. Yang terkedepan adalah pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan peringkat pusat.
Itu hakikat yang terjadi hari ini. Cuma ditenggelamkan, disembunyikan dan di 'blackout' bahawa saya hanya terkedapan. Itu cerminannya. Dalam menonjolkan kenyataan rasmi memanglah saya seorang. Rakan-rakan Pakatan Rakyat negeri memang membuat ketetapan dalam menonjolkan apa-apa kenyataan hanya MB seorang. Itulah sebabnya ditonjolkan di tunjuk perasaan di Kuala Kangsar itu hanya dihadiri orang-rang PAS sahaja.
Walhal hari itu hari Jumaat, orang keluar bersembahyang di masjid. Jadi bagaimana kita hendak tengok DAP. Kerana itu bukan kita rancang. Jika dirancang, hari itu sembahyang Jumaat kena ada Cina sedikit. Hari itu orang keluar ke masjid dan tentulah orang Islam. Kebetulan masjid itu letaknya berhampiran Istana. Kita bukan buat ceramah tetapi penerangan.
Sebab rakyat mahu bagi simpati kepada kerajaan dan saya. Maka kita raikan. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri hendak menyatakan sokongan. Jadi kita jadikan ini sebagai ruang untuk memberi sokongan.
Bagaimana simpati rakyat terhadap Dato' Seri dan nasib yang menimpa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ini?
Dari segi politiknya, kehadiran rakyat ke rumah Menteri Besar berduyun-duyun setiap hari. Itu kita guna kaedah political. Yang keduanya, program untuk menerangkan oleh Pakatan Rakyat baik KeADILan, DAP dan pengundi-pengundi di luar Perak berterusan.
Semalam (7 Februari) di Taiping, lebih 6,000 orang-orang Cina dan India mendengar taklimat daripada DAP. Ahli Parlimen Taiping daripada DAP dan dia membuat penerangan apa yang berlaku. Program yang dibuat oleh BN pada tarikh yang sama gagal. Najib tidak turun di Ipoh. Dia kata akan turun tapi tak datangpun. Dr Zambri di 'boo'.
Saya khuatir takut-takut ada kasut yang dibaling nanti. Saya tidak ke depan dalam berceramah. Saya hanya pergi sembahyang Jumaat dan pergi ke pasar-pasar. Dan ini akan melahirkan simpati. Dalam pendekatan politiknya itu lebih manis daripada berceramah.
Tadi ada disebut Dato' Seri nak cabar kesahihan perlantikan Dato' Dr Zamry Abdul Kader sebagai Menteri Besar BN yang baru di mahkamah. Bila?
Kita akan failkan pengisytiharan. Lagi lama mahkamah menangguh, lagi lama konflik ini berterusan. Lagi lama konflik berterusan, persoalan integriti istana akan banyak dipersoalkan. Lagi banyak kita dapat political knowledge. Untungnya kita. Untuk itu terpaksa mahkamah percepatkan. "Nak telan mati mak, tak telan mati ayah".
Mahkamah terpaksa bersidang cepat. Hari Selasa ini (10 Februari) akan diadakan perbicaraan kes saman Jamaluddin dan Osman yang melompat. Dalam perbicaraan itu nanti, kalau dakwaan terlekat, apa akan jadi pada kerajaan BN? Kedua-dua mereka ini dituduh dengan rasuah dan habuan seks. Sebab itu Dr Mahathir kata kerajaan BN ini tidak bermaruah. Orang yang mereka ludah mereka ambil balik.
Tiba-tiba mahkamah jatuhkan hukuman, mereka ini hilang Dun. Dan apa jadi pada kerajaan? Mana majoritinya? Kalaulah mahkamah mengatakan pendakwaan mereka, tuduhan digugurkan, tidakkah mempunyai refleksi kepada istana? Jika hakim berat sebelah bahaya, tidak berat sebelah lagi bahaya. Maka fikirkanlah.
Dalam sidang media dan dilaporkan oleh kebanyakan akhbar, Selasa ini (10 Februari) Dato' Seri akan ber"lumba-lumba" ke Pejabat Menteri Besar. Siapa datang dulu dia masuk pejabat. Dato' Seri akan lakukan?
Saya hendak beritahu, sepanjang 10 bulan, pukul 8.00, 8.02 atau 8.05 minit pagi saya sudah ada di pejabat. Kemudian saya solat hajat. Saya buat solat dhuha di rumah. Itulah rutin saya. Maknanya pada pagi Selasa (10 Februari) saya akan lakukan perkara yang sama. Pada Jumaat lalu, saya berbaju Melayu dan saya ditahan di pintu pagar.
Saya ditanya wartawan kenapa hendak pergi ke pejabat. Saya kata sebagai Menteri Besar itulah rutin saya ke pejabat setiap hari. Tapi Dato' SUK dalam faksnya menyatakan kami bagi dia masuk ke pejabat Menteri Besar kerana dia ingin ambil barang-barang peribadinya. Saya tidak pernah kata demikian. Saya datang kerana tugas saya sebagai Menteri Besar. Rupanya dia telah buat sidang akhbar menyatakan "dia (Nizar) ini mungkir janji".
Tetapi dia sendiri apabila melihat ramai orang datang dan saya sendiri buat sidang akhbar dalam bilik itu (Pejabat MB), maka dia mengarahkan semua orang keluar dengan suara yang keras.Tetapi pada pagi Selasa (10 Februari) ini, saya akan pergi ke Pejabatan MB dan kemungkinan saya akan ditahan. Kita akan masuk. Barangkali Dr. Zambri pun ada untuk masuk pejabat. Saya masih ada pass walaupun 'entry' pas itu telah diblanko. Kemungkinan saya tidak dapat masuk.
Akan berlaku dua Menteri Besar rebut Pejabat MB?
Saya akan bersama rakan-rakan. Barangkali Zambri datang dan kumpulannya datang. Jadi dua Menteri Besar datang dalam satu pejabat. Sebab itu saya kata, kami akan berlumba-lumba siapa yang akan sampai dulu. Ada yang mengatakan satu kerusi macamana? Saya mengatakan saya akan kongsi kerusi. Semalam (7 Februari) saya buat Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sebagaimana yang kita lakukan setiap minggu.
Apa sebenarnya yang boleh disimpulkan tentang kebangkitan rakyat di Kuala Kangsar pada hari angkat sumpah Menteri Besar BN itu?
Sudah tentu momentum ini memberi imej yang besar. Saya ingin jelaskan bahawa bangunnya rakyat hari ini bukannya menentang institusi Di Raja. Saya menafikan sekeras-kerasnya. Rakyat bangun dan baring di tengah jalan, adakah dia marah institusi Di Raja?
Tidak. Mereka bangun kerana menentang kezaliman yang berlaku. Jadi kebangkitan ini berterusan. Ini kerana manusia makin hari makin cerdik. Access kepada maklumat yang betul lebih luas. Dalam sejarah Perak kita kena ingat. Perak bumi paling banyak melahirkan kebangkitan demi kebangkitan. Dan saya yakin inilah kebangkitan yang akan mengikut cycle yang sama, akan bangkit.
Yang Umno takut sangat kerana gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akan berterusan. Jika dibubarkan Dun, trend pengundian akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Maka mereka akan apa sekali pun, jangan ada pembubaran. Sebab pembubaran itu bermakna kita akan dapat batu nisan bukan hanya di Perak tetapi seluruh Malaysia.
Kalau boleh Dato' Seri sentuh sikit tentang isu awal, berkenaan "culik", "hilang", "kuanrantin" dan "beli" yang melibatkan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang melompat...
Kerja-kerja kuarantin, menyembunyikan dan menggelapkan itu berlaku. Tetapi perjanjian dalaman itu saya tidak dapat sahkan. Tapi oleh kerana Umno ini terkenal 'profesional' dalam pembahagian rasuah, maka pemikiran manusia bila lenyap sahaja ini rasuah Umno. Saya tidak menafikan dan tidak mengesahkan.
Tetapi itu juga persepsi masyarakat. Dia ada habuannya. Jika saya dapat nyatakan, ada tiga atau empat orang khususnya Adun berbangsa India ada ditawarkan oleh 'mesenger' yang mengaku daripada sebelah BN atau MIC. Mereka ada ditawarkan. Ada ditawarkan RM10 juta. Usaha-usaha untuk menawarkan dalam bentuk wang ringgit memang ada.
Tamat
Muqqadimah: Akibat tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti, majoriti mudah hilang dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan menabalkan Menteri Besar baru bagi pihak BN. Tuanku enggan membubarkan Dun dan mengarahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melatakkan jawatan Menteri Besar serta-merta. Sekaligus, ia menafikan hak-hak kerajaan asal mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Namun, Nizar enggan berbuat demikian lalu disitiharkan oleh BN sebagai derhaka terhadap Sultan. Apa yang jelas, kemelut ini mengundang "Krisis Perlembagaan" di Perak hingga kini mewujudkan dua Menteri Besar pada satu masa. Bagi menjejaki isu ini, AHMAD LUTFI OTHMAN dan TARMIZI MOHD JAM serta MUNIZAM ZAMRI memburu Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang sarat kontroversi ini di kediaman rasminya di Ipoh, 8 Februari lalu.
Boleh Dato' Seri perbetulkan apa yang disebut ketika sidang media tentang nak bubar Dun sebelum mengadap Tuanku Sultan. Sebab media sudah gembar-gembur kononnya Dato' Seri telah bubar Dun sebelum mendapat perkenan Sultan?
]
Saya hendak pergi ke Istana pada pukul 3.30 petang. Dan terima SMS Najib akan buat sidang akhbar pada pukul 4.00 petang hendak mengumumkan dia mempunyai majoriti. Maka saya cari jalan bagaimana untuk mematahkannya. Temujanji saya dengan Tuanku hendak minta bubar Dun pukul 5.00 petang. Kita lebih terkehadapan. Saya dalam perjalanan berjumpa Tuanku nak minta bubar Dun. Saya nyatakan niat saya hendak pergi jumpa Tuanku, nak minta bubar DUN. Itu dikuti oleh media dalam konteks kononnya Nizar bubar DUN.
Niat saya hendak pergi melalui temujanji pukul 5.00 petang itu saya pergi 3.30 petang. Sebelum saya pergi saya telefon dan saya nyatakan saya hendak jumpa Tuanku minta bubar Dun. Dan diambil itu bahawa Nizar bubar DUN.
Gambaran yang dipaparkan oleh media seolah-olah, banyak tindakan dibuat oleh Dato' Seri seorang. Bagaimana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat?
Gambaran yang dibuat media arus perdana seolah-olah untuk menonjolkan saya. Tetapi kenyataan-kenyataan lain tidak dikeluarkan. Cerminan dalam bentuk gambar, 'body language', kami bersama. Secara tidak langsung terasa dalam diri saya, saya hanya terkedepan. Yang terkedepan adalah pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan peringkat pusat.
Itu hakikat yang terjadi hari ini. Cuma ditenggelamkan, disembunyikan dan di 'blackout' bahawa saya hanya terkedapan. Itu cerminannya. Dalam menonjolkan kenyataan rasmi memanglah saya seorang. Rakan-rakan Pakatan Rakyat negeri memang membuat ketetapan dalam menonjolkan apa-apa kenyataan hanya MB seorang. Itulah sebabnya ditonjolkan di tunjuk perasaan di Kuala Kangsar itu hanya dihadiri orang-rang PAS sahaja.
Walhal hari itu hari Jumaat, orang keluar bersembahyang di masjid. Jadi bagaimana kita hendak tengok DAP. Kerana itu bukan kita rancang. Jika dirancang, hari itu sembahyang Jumaat kena ada Cina sedikit. Hari itu orang keluar ke masjid dan tentulah orang Islam. Kebetulan masjid itu letaknya berhampiran Istana. Kita bukan buat ceramah tetapi penerangan.
Sebab rakyat mahu bagi simpati kepada kerajaan dan saya. Maka kita raikan. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri hendak menyatakan sokongan. Jadi kita jadikan ini sebagai ruang untuk memberi sokongan.
Bagaimana simpati rakyat terhadap Dato' Seri dan nasib yang menimpa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ini?
Dari segi politiknya, kehadiran rakyat ke rumah Menteri Besar berduyun-duyun setiap hari. Itu kita guna kaedah political. Yang keduanya, program untuk menerangkan oleh Pakatan Rakyat baik KeADILan, DAP dan pengundi-pengundi di luar Perak berterusan.
Semalam (7 Februari) di Taiping, lebih 6,000 orang-orang Cina dan India mendengar taklimat daripada DAP. Ahli Parlimen Taiping daripada DAP dan dia membuat penerangan apa yang berlaku. Program yang dibuat oleh BN pada tarikh yang sama gagal. Najib tidak turun di Ipoh. Dia kata akan turun tapi tak datangpun. Dr Zambri di 'boo'.
Saya khuatir takut-takut ada kasut yang dibaling nanti. Saya tidak ke depan dalam berceramah. Saya hanya pergi sembahyang Jumaat dan pergi ke pasar-pasar. Dan ini akan melahirkan simpati. Dalam pendekatan politiknya itu lebih manis daripada berceramah.
Tadi ada disebut Dato' Seri nak cabar kesahihan perlantikan Dato' Dr Zamry Abdul Kader sebagai Menteri Besar BN yang baru di mahkamah. Bila?
Kita akan failkan pengisytiharan. Lagi lama mahkamah menangguh, lagi lama konflik ini berterusan. Lagi lama konflik berterusan, persoalan integriti istana akan banyak dipersoalkan. Lagi banyak kita dapat political knowledge. Untungnya kita. Untuk itu terpaksa mahkamah percepatkan. "Nak telan mati mak, tak telan mati ayah".
Mahkamah terpaksa bersidang cepat. Hari Selasa ini (10 Februari) akan diadakan perbicaraan kes saman Jamaluddin dan Osman yang melompat. Dalam perbicaraan itu nanti, kalau dakwaan terlekat, apa akan jadi pada kerajaan BN? Kedua-dua mereka ini dituduh dengan rasuah dan habuan seks. Sebab itu Dr Mahathir kata kerajaan BN ini tidak bermaruah. Orang yang mereka ludah mereka ambil balik.
Tiba-tiba mahkamah jatuhkan hukuman, mereka ini hilang Dun. Dan apa jadi pada kerajaan? Mana majoritinya? Kalaulah mahkamah mengatakan pendakwaan mereka, tuduhan digugurkan, tidakkah mempunyai refleksi kepada istana? Jika hakim berat sebelah bahaya, tidak berat sebelah lagi bahaya. Maka fikirkanlah.
Dalam sidang media dan dilaporkan oleh kebanyakan akhbar, Selasa ini (10 Februari) Dato' Seri akan ber"lumba-lumba" ke Pejabat Menteri Besar. Siapa datang dulu dia masuk pejabat. Dato' Seri akan lakukan?
Saya hendak beritahu, sepanjang 10 bulan, pukul 8.00, 8.02 atau 8.05 minit pagi saya sudah ada di pejabat. Kemudian saya solat hajat. Saya buat solat dhuha di rumah. Itulah rutin saya. Maknanya pada pagi Selasa (10 Februari) saya akan lakukan perkara yang sama. Pada Jumaat lalu, saya berbaju Melayu dan saya ditahan di pintu pagar.
Saya ditanya wartawan kenapa hendak pergi ke pejabat. Saya kata sebagai Menteri Besar itulah rutin saya ke pejabat setiap hari. Tapi Dato' SUK dalam faksnya menyatakan kami bagi dia masuk ke pejabat Menteri Besar kerana dia ingin ambil barang-barang peribadinya. Saya tidak pernah kata demikian. Saya datang kerana tugas saya sebagai Menteri Besar. Rupanya dia telah buat sidang akhbar menyatakan "dia (Nizar) ini mungkir janji".
Tetapi dia sendiri apabila melihat ramai orang datang dan saya sendiri buat sidang akhbar dalam bilik itu (Pejabat MB), maka dia mengarahkan semua orang keluar dengan suara yang keras.Tetapi pada pagi Selasa (10 Februari) ini, saya akan pergi ke Pejabatan MB dan kemungkinan saya akan ditahan. Kita akan masuk. Barangkali Dr. Zambri pun ada untuk masuk pejabat. Saya masih ada pass walaupun 'entry' pas itu telah diblanko. Kemungkinan saya tidak dapat masuk.
Akan berlaku dua Menteri Besar rebut Pejabat MB?
Saya akan bersama rakan-rakan. Barangkali Zambri datang dan kumpulannya datang. Jadi dua Menteri Besar datang dalam satu pejabat. Sebab itu saya kata, kami akan berlumba-lumba siapa yang akan sampai dulu. Ada yang mengatakan satu kerusi macamana? Saya mengatakan saya akan kongsi kerusi. Semalam (7 Februari) saya buat Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sebagaimana yang kita lakukan setiap minggu.
Apa sebenarnya yang boleh disimpulkan tentang kebangkitan rakyat di Kuala Kangsar pada hari angkat sumpah Menteri Besar BN itu?
Sudah tentu momentum ini memberi imej yang besar. Saya ingin jelaskan bahawa bangunnya rakyat hari ini bukannya menentang institusi Di Raja. Saya menafikan sekeras-kerasnya. Rakyat bangun dan baring di tengah jalan, adakah dia marah institusi Di Raja?
Tidak. Mereka bangun kerana menentang kezaliman yang berlaku. Jadi kebangkitan ini berterusan. Ini kerana manusia makin hari makin cerdik. Access kepada maklumat yang betul lebih luas. Dalam sejarah Perak kita kena ingat. Perak bumi paling banyak melahirkan kebangkitan demi kebangkitan. Dan saya yakin inilah kebangkitan yang akan mengikut cycle yang sama, akan bangkit.
Yang Umno takut sangat kerana gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akan berterusan. Jika dibubarkan Dun, trend pengundian akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Maka mereka akan apa sekali pun, jangan ada pembubaran. Sebab pembubaran itu bermakna kita akan dapat batu nisan bukan hanya di Perak tetapi seluruh Malaysia.
Kalau boleh Dato' Seri sentuh sikit tentang isu awal, berkenaan "culik", "hilang", "kuanrantin" dan "beli" yang melibatkan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang melompat...
Kerja-kerja kuarantin, menyembunyikan dan menggelapkan itu berlaku. Tetapi perjanjian dalaman itu saya tidak dapat sahkan. Tapi oleh kerana Umno ini terkenal 'profesional' dalam pembahagian rasuah, maka pemikiran manusia bila lenyap sahaja ini rasuah Umno. Saya tidak menafikan dan tidak mengesahkan.
Tetapi itu juga persepsi masyarakat. Dia ada habuannya. Jika saya dapat nyatakan, ada tiga atau empat orang khususnya Adun berbangsa India ada ditawarkan oleh 'mesenger' yang mengaku daripada sebelah BN atau MIC. Mereka ada ditawarkan. Ada ditawarkan RM10 juta. Usaha-usaha untuk menawarkan dalam bentuk wang ringgit memang ada.
Tamat
7 ulasan:
Tak nak komen apa cuma nak habak blog ini telah dilinkkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/
Buang masa layan blog bodoh ni... kalau kau nak bela sangat si penderhaka ni elok la kau istiharkan diri kau komunis yg menentang kuasa sultan...
krisis kat perak bukan salah sultan... bukan salah UMNO, bukan salah kerajaan... tp salah rakyat yg menyokong PKR... salah pemimpin atasan PKR mat jenin yg memilih calon untuk bertanding... bodohnya mat jenin kerana memilih calon tangkap muat... bodohnya pengundi kerana tak tgk latar belakang calon yg mereka nak undi sebagai pemimpin... so inilah balasan keatas kebodohan korang...

Catat Ulasan