KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 12, 2009

Tajol bercita-cita untuk jatuhkan kami 31 Ogos tahun lalu


Muqqadimah: Akibat tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti, majoriti mudah hilang dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan menabalkan Menteri Besar baru bagi pihak BN. Tuanku enggan membubarkan Dun dan mengarahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melatakkan jawatan Menteri Besar serta-merta. Sekaligus, ia menafikan hak-hak kerajaan asal mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Namun, Nizar enggan berbuat demikian lalu disitiharkan oleh BN sebagai derhaka terhadap Sultan. Apa yang jelas, kemelut ini mengundang "Krisis Perlembagaan" di Perak hingga kini mewujudkan dua Menteri Besar pada satu masa. Bagi menjejaki isu ini, AHMAD LUTFI OTHMAN dan TARMIZI MOHD JAM serta MUNIZAM ZAMRI memburu Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang sarat kontroversi ini di kediaman rasminya di Ipoh, 8 Februari lalu.

Boleh Dato' Seri ceritakan sedikit kebimbangan BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hingga sanggup menjatuhkan kerajaan Perak secara tidak bermoral?

DATO' SERI MOHAMAD NIZAR: (Memulakan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha ayat 1-5) yang bermaksud: "Demi waktu pagi. Demi waktu malam, apabila telah sunyi. TuhanMu tidaklah meninggalkan engkau (Ya Muhammad) dan tidak pula membenci engkau. Sesungguhnya akhirat lebih baik bagi engkau daripada dunia. Nanti TuhanMu akan memberi engkau, lalu engkau menjadi suka.
"Bersyukur kerana kita dapat mengadakan temubual ini. Kita kena sedar, di Perak ini negeri yang unik kerana dalam konteks PAS ada enam kerusi iaitu lima Melayu dan satu Cina. Boleh duduk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat yang lain. Ini satu perkara yang dicemburui oleh BN. Mereka mengatakan mereka ini parti yang lama dan terbesar tetapi masih bercelaru.
Umno mengatakan kami ini parti Islam dan tidak ada cerminan pada Umno ini, hanyalah integritinya dalam konteks masyarakat Melayu sebagai ketuanan Melayu. Maka itulah yang dijadikan sebagai isu hari ini yang hendak menenggelamkan kerajaan ini (Pakatan Rakyat) dengan ketuanan Melayu.Sebab itu dalam masyarakat Perak ini, oleh kerana kumpulan Cina dalam 31 itu ada 18 Cina. Melayunya daripada PAS ada lima dan KeADILan tiga. Dan segala tohmahan mereka dalam aspek Tanah Melayu memberi kemenangan kepada mereka, persepsi itu. Kerana ia dicerminkan dalam mesyuarat exco, atau program-program.
Jadi, memang betullah dalam program saya banyak pergi ke kampung-kampung Cina. Jadi inilah yang mereka nak pastikan bahawa jatuhkan imej Islam itu dan jatuhkan kerajaan selepas mereka kalah.

Mengapa mereka buat macam itu?

Ini kerana mereka lihat selepas lima enam bulan khususnya sewaktu menjelang pilihan raya Permatang Pauh yang mereka tahu mereka akan kalah, maka mereka perlu jatuhkan kerajaan secepat mungkin dan dijadikan tarikh pada 31 Ogos lepas untuk jatuhkan. Jadi mainan tarikh ini dimulakan dahulu oleh BN bukan Anwar Ibrahim.
Tarikh 31 Ogos ini 'ditanam' sungguh-sungguh oleh BN. Mereka memang buat. Dan mereka dakwa. Adun Behrang dan Changkat Jering ini mereka dakwa rasuah dalam satu projek yang tidak ada. Projek perumahan 180 juta itu di Parit tidak ada. Dan yang keduanya mereka mengatakan menerima habuan seks. Betul atau tidak, Wallahu-allam.

Tapi propaganda ini cukup mengejutkan dan boleh menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat?

Itu dakwaan mereka. Maka jadilah satu hebahan yang sangat besar iaitu kerajaan akan tumbang. Dua exco ini telah dianiaya. Maka perbicaraan demi perbicaraan dan kemuncaknya pada 10 Februari. Kita kena ingat bahawa Umno dalam suasana Permatang Pauh kalah teruk, ditokok lagi dengan gelombang di Terengganu, maka dia tidak berkemampuan hendak berhadapan dengan pilihan raya. Khususnya apabila mereka sibuk hendak 'pilihan raya mereka' (pemilihan agung Umno) di bulan Mac.
Apabila berlaku suasana tegang begitu, mereka cuba hendak mengaitkan dua tiga orang lagi Adun seperti YB Zainudin, tiga orang daripada Adun DAP tetapi tidak berkemampuan. Cuma mereka boleh tarik YB Jelapang. Apa yang berlaku sebelum tahun baru Cina, dengan kehendak Allah Adun Bota masuk KeADILan. Tanpa diduga. Saya menafikan ia (kemasukan Nasharuddin) adalah mainan Umno.

Mengapa Dato' Seri kata begitu? Sedangkan persepsi orang ramai lihat ia seperti 'perkakas' Umno untuk rosakkan Pakatan Rakyat?

Sebab pertama, kenyataan daripada Dato' Nasarudin, isteri dia, kepada saya, kepada Dato' Seri Anwar dan kedua kepada orang-orang Bota, dia menunjukkan satu keikhlasan. Saya nyatakan dalam konteks dia dengan Dato' Seri Anwar dan 30,000 rakyat Bota pada malam itu. Dan saya bercakap dengannya semasa sidang akhbar, sewaktu dia mula-mula keluar BN. Ketiga, dia datang melawat saya.
Dia cakap perkara yang sama iaitu dia sudah lama dengan Umno. Dan keempatnya dalam Dewan Undangan Negeri, dialah salah seorang daripada wakil rakyat BN yang telus dan tidak banyak cakap. Dan bila bertanya soalan pun berbentuk fakta. Dan jika tengok salasilah gerak sarafnya dengan orang yang dia kenal dalam Dewan Undangan Negeri seperti YB Zainuddin yang mana YB Zainuddin mengatakan pernah bekerja dengannya. Di atas dasar-dasar ini saya yakin bahawa dia 'menyeberang'.

Bila Dato' Seri sedar Adun Behrang dan Changkat Jering dikatakan hilang?

Umno mula berasa cemas kerana mereka hendak dakwa 31 Ogos tidak menjadi bahkan perbicaraan pada 10 Februari. Akhirnya pada 26 Januari, mereka lenyapkan dan sembunyikan Adun Behrang dan Changkat Jering. Sebab mereka tahu Adun ini bermasalah. Kami tidak tahu ke mana mereka pergi dan hilang hubungan.
Tetapi kami sudah syak. Tidak lama selepas itu pada 26 Januari, Dato' Nasarudin hilang. Jadi kami syak. Kami tahu dia hilang apabila pengawal-pengawalnya daripada KeADILan mengatakan hilang. Bila tanya pada isterinya, katanya datang Adun Lintang dan Adun Pengkalan Baru bawa kerana hendak mengadap RM. Naik satu kereta pacuan empat roda.
Jadi apabila dia dengar RM ini, dia bersiap-siap dan naik kenderaan itu. Dan di 'ambush' oleh polis dan terus hilang. Apabila kita cuba telefon, tidak dapat dikesan. Ini satu kecemasan.

Bersambung...

Tiada ulasan: