
ANGKATAN Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang menarik, bombastik dan penuh retorik, dinamakan "Perhimpunan Semangat 46 Lembu".
Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menyampaikan mesej bahawa SPRM telah menjadi 'lembu yang dicucuk hidungnya' kepada Umno-BN. Ini berikutan tindak-tanduk SPRM yang kononnya bebas tetapi makin dilihat tidak bebas muktahir ini.
"Perhimpunan Semangat 46 Lembu" akan diadakan pada 25Februari 2009 (Rabu) jam 2.00 petang bertempat di Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasmuzair Hassan (014-8422155), semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.
0 ulasan:
Catat Ulasan