KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 10, 2009

Maaf tak dapat update blog, sibuk dekati Menteri Besar Perak di Ipoh

Nizar dikerumuni lautan manusia di Kuil Subramanir Gunung Ceruh, Ipoh dalam kunjungannya pada perayaan Taipusam pagi Ahad lalu

Lebih 300 penyokong Pakatan Rakyat yang berkampung di kediaman rasmi Menteri Besar tidak sabar-sabar untuk mendengar penjelasan terkini Nizar berhubung isu 2 MB dan kerajaan haram BN...

Nizar sedang memperkatakan sesuatu kepada Tarmizi Mohd Jam, Lutfi Othman dan Johari Jaafar sejurus usai wawancara eksklusif bersama Menteri Besar Perak itu

SAYA mohon maaf kepada semua pengunjung blog ini. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan kunjungan ke Perak, blog ini tidak dapat di update pada Ahad dan Isnin (7hb hingga 9hb Februari).

Pada tarikh itu, saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman bergegas ke Ipoh dan menemui Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di kediaman rasmi MB berdekatan bulatan Menteri Besar. Satu perjumpaan eksklusif telah diadakan pada 8hb Februari antara kami dengan Nizar.

Wawancara panjang bersama Nizar banyak mengungkapkan apa yang terjadi antara beliau dengan Tuanku Sultan Perak. Nizar juga mendedahkan dua orang utama yang menjadi dalang kepada "kejatuhan" kerajaan Pakatan Rakyat Perak hingga tertubuhkan kerajaan haram BN pimpinan Menteri Besar tidak sah mengikut Perlembagaan Negeri Perak.

Pada sebelah malamnya, Nizar berucap kepada para penyokong yang berkampung di kediaman rasmi MB. Mereka tertunggu-tunggu, kemunculan Nizar. Ucapan Nizar bersahaja, diberi perhatian serius oleh lebih 300 penyokong malam itu.

Pagi esoknya, Ahad kami mengikuti Nizar dan beberapa pengawal peribadinya ke Kuil Subaramanir, Gunung Ceruh Ipoh meninjau dan melawat penganut Hindu merayakan Taipusam. Orang-orang India berebut-rebut untuk bergambar dan bersalaman dengan Nizar yang muncul bersahaja. Beliau diarak sejauh tiga kilometer hingga singgah sebentar memberi ucapan di gerai Pakatan Rakyat, tidak jauh dari kuil.

Paling menerujakan, Nizar diundang memberikan ucapan kepada lebih 100,000 ribu penganut Hindu di hadapan kuil. Beliau naik ke pentas urusetia perayaan, bersama Ahli Parlimen Ipoh Timur, Kulasegaran; Adun Sungkai, Sevanisan; Adun Bercham dan Adun Buntong.

Nizar memulakan ucapan dengan ayat al-Quran surah Ad-Dhuha dan mengajak masyarakat India agar terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat. Minta bersabar dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan keamanan. Nizar memekikkan laungan keramat "Reformasi", "Makhal Sakhti" dan "Takbir Allahuakbar" - ia disambut oleh masyarakat Hindu di situ.

Respons mereka cukup kuat. Seolah-olah mereka mahu Nizar terus kekal sebagai Menteri Besar Perak. Namun sebelah paginya, Zamry Abdul Kader yang kini jadi Menteri Besar BN yang "tidak sah" turut mengunjungi kuil tersebut.

Hari ini saya cuba update blog ini untuk laporan dan analisis terkini berkenaan beberapa isu baru termasuk Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. Insya-Allah...

Tiada ulasan: