Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada Tarmizi Mohd Jam dan Irwan Muhamad Zain sejurus usai wawancara dilangsungkan.
MUQADIMMAH: Barisan Nasional (BN) berpadu tenaga untuk meniup isu "derhaka" Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terhadap Tuanku Sultan Perak. Ia disemarakkan lagi dengan tindakan peribadi Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak. Namun isunya, satu "rampasan kuasa" oleh BN cuba diperakui kononnya ia mengikut undang-undang. TARMIZI MOHD JAM dan MOHD RASHIDI HASSAN serta IRWAN MUHAMAD ZAIN menemui Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di pejabatnya, Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara kemelut yang menyelubungi Pakatan Rakyat di Perak.
Reaksi PAS terhadap lebih 80 laporan polis dikemukakan terhadap Karpal Singh berikutan dengan tindakannya untuk menyaman Sultan Perak. Ia ada kaitan dengan tindakan istana yang memihak kepada BN di Perak,jadi apa sikap PAS, barangkali KeADILan dan DAP juga tentang minat Karpal untuk menyaman Sultan Perak?
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI: Kita tidak bersetuju dengan sikap Karpal Singh. Kerana perlawanan kita adalah dengan Umno. Bukan dengan Tuanku Sultan. Kita tidak mahu mengheret Tuanku ke kancah politik. Dengan sebab itu kita lebih tumpu dalam menghadapi Umno yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dia sebagai kerajaan pusat, mempengaruhi politik negara.
Dengan sebab itu, tindakan PAS lebih tertumpu kepada berdepan dengan Umno, dan berdepan dengan rakyat yang dipengaruhi oleh media yg dikuasai umno. Kita tak mahu bertembung dengan sultan. Kita menganggap Tuanku sebagai simbol yang memelihara agama dan orang Melayu dengan sebab itu PAS akan terus menjalin hubungan dengan Tuanku dengan cara PAS sendiri. Kita melihat peristiwa itu berlaku adalah peristiwa politik.
Selain Karpal, Dato' Seri Nizar Jamaluddin juga digambarkan 'derhaka' dengan Tuanku Sultan apabila enggan meletakkan jawatan dan ada yang mengutip istilah 'sembah derhaka' Nizar kepada sultan bagi menunjukkan beliau derhaka. Apa reaksi Dato' Seri?
Tuan Haji Nizar adalah sebahagian daripada PAS dan kita mengarahkan Tuan Haji Nizar supaya bersama dengan polisi PAS dalam menangani masalah ini. Dengan sebab itu kita mengambil langkah supaya bertindak secara politik bersama PAS dalam menangani masalah ini. Saya difahamkan Pakatan Rakyat juga mengambil langkah sama dan tidak mengheret raja-raja dalam masalah ini.
Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Tuanku Sultan hanya boleh membubar atau tidak membubar Dun setelah dinasihati oleh Menteri Besar. Apa yang terjadi, Tuanku meminta Menteri Besar meletak jawatan serta merta dan melantik Menteri Besar baru dari BN. Bagaimana PAS melihat perkara ini?
Di sana ada precendent yang berlaku dalam krisis perlembagaan di negara kita dan krisis politik negeri-negeri yang berlaku di negara kita. Di Sarawak pernah berlaku Ketua Menteri diperintah oleh Gabenor supaya meletak jawatan. Beliau membawa kes itu ke mahkamah dan mahkamah mendapati arahan gabenor itu tidak sah. Perkara ini hanya dilakukan melalui Dewan Undangan Negeri atau pilihan raya. Di Terengganu dalam tahun 1961 pernah berlaku perkara yang sama dan di Kelantan melalui perintah darurat hingga berlaku pilihan raya di sana.
Apa komen Dato' Seri dengan cara Umno 'menculik' dan melarikan wakil rakyat Pakatan Rakyat hingga menyebabkan mereka menyertai BN?
Itu cara yang dibuat oleh Umno satu cara yang tidak terhormat apabila menggunakan kuasa iaitu kuasa politik yang lebih kuat kepada mereka terhadap ketiga-tiga wakil rakyat ini. Memang kita ada buat cara ini tetapi kita buat cara yang terhormat. Kes 16 September, biarpun tak jadi tapi kita gunakan cara yang terhormat yakni kita gunakan parlimen, kita minta supaya adakan sidang khas parlimen untuk buat undi tidak percaya bukan dengan cara yang Umno buat.
Sekarang di Perak ada dua Menteri Besar. satu dari Pakatan Rakyat dan satu lagi dari BN. Kini timbul krisis perlembagaan yang kronik hingga membangkitkan kemarahan rakyat. Apa tindakan lanjut PAS dalam membetulkan keadaan ini?
PAS akan menangani masalah ini secara politik disamping mengambil tindakan mahkamah melalui proses yang betul. Di antara proses politik untuk kita membuktikan sokongan rakyat kepada kita melalui dua pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ini akan menentukan sikap rakyat sama ada meneruskan sokongan ittu kepada kita atau tidak.
Apa yang kita mengharapkan pilihanraya itu melalui proses demokrasi yang tulen, laporan media yang tiadk berat sebelah, tidak berlaku kekacauan. Kita mahu pilihanraya kecil sepertimana pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.
Media arus perdana sedang memperakui 'rampasan kuasa' di Perak mengikut undang-undang yang sah. Tetapi kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin tergantung. Dihalang memasuki pejabat MB dan dinafikan haknya. Sampai bila senario ini akan bertahan?
Oleh kerana yang menentukan dalam negara demokrasi adalah rakyat bukan pejabat, kita mahu Tuan Haji Nizar diterima rakyat. Kita mahu beliau turun padang menjadi pemimpin yang diterima rakyat. Kita tidak mahu pemimpin yang ditolak rakyat. Kita mahu rakyat bersama beliau.
Dalam pada kita minta Dun dibubarkan dan berlaku pilihan raya di Perak, wakil rakyat kita pula meninggal dunia di Bukit Gantang. Di sana ada Dun Changkat Jering, tempat Adunnya melompat. Bagaimana Dato' Seri menilai perkara ini?
Ini merupakan satu kebetulan apabila Changkat Jering yang menjadi salah satu punca krisis di Perak berada dalam Parlimen Bukit Gantang. Jadi ia akan menjadi simbol bantahan rakyat terhadap apa yang berlaku di Perak dan kita akan memilih calon yang boleh menjadi simbol bantahan ini.
Adakah sudah ada calon untuk Bukit Gantang?
Kita belum memilih calon kerana masih menunggu nama-nama yang dipilih oleh PAS Perak.
Apa pesanan Dato' Seri dalam menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau?
Insya-Allah di Bukit Selambau kita akan bekerja kuat sama seperti di Bukit Gantang. Bukit Selambau calonnya dari KeADILan. Kita akan buktikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri PAS, DAP dan KeADILan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan