KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 28, 2009

GESA sokong Speaker Perak panggil "Sidang DUN Tergempar" bagi melihat Krisis Perlembagaan secara lebih berhemah!

GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan, 3 Mac untuk membahaskan dua usul penting untuk menamatkan konflik dan kemelut yang terus berlarutan di Perak.

Presidennya, Tarmizi Mohd Jam yakin keputusan Speaker menggunakan kuasanya di bawah Peraturan Tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi pertikaian tegar antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini, akan mematangkan lagi semua ahli politik di negara ini dan meningkatkan pengetahuan tentang ilmu perundangan serta membina kebijaksanaan berhujah dalam merungkai kemelut yang berlarutan itu.

GESA tegasnya, amat berkehendak agar DUN dapat mengesahkan kedudukan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan atau digulingkan dalam rampasan kuasa oleh BN secara di luar tabie. GESA juga menyokong Speaker Perak memanggil "Sidang DUN Tergempar" bagi melihat Krisis Perlembagaan ini secara lebih berhemah!

Tegas Tarmizi, GESA menyokong penuh langkah Speaker untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semual kerajaan yang diyakini mereka samada Pakatan Rakyat ataupun BN.

GESA juga menghormati keputusan Speaker untuk membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung seperti Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya serta tiga lagi wakil rakyat bebas yang melompat - sebagai pengajaran dan pengetahuan tentang kuasa Speaker.

Tarmizi yakin, dengan perkembangan terkini, sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, iklim politik yang sihat diamalkan oleh Pakatan dan BN, tidak mungkin akan mengundang malapetaka ekoran krisis demi krisis yang menggodam.

Berdasarkan keputusan terbaru Speaker ini, wakil rakyat BN yang boleh menyertai DUN seramai 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar sebagai Speaker.

6 ulasan:

anonymous berkata...

kepada semua blogger atau individu.INGAT,keamanan dan kemerdekaan negara ni mmg mudah untuk dilenyapkan.tetapi utk mendapatkannya kembali belum tentu..org2 terdahulu sanggup bergadai nyawa dan harta demi kemerdekaan dan keamanan negara ni untuk diwariskan hingga ke anak cucu.kita bagaimana?apabila diserang dengan dakyah2 dari luar,begitu mudah kita terpengaruh sehingga x kenal yg mana benar yg mana salah,jgnkan untuk mengangkat senjata melawan musuh mempertahankan negara,sanggup menjadi talibarut musuh asalkan kepentingan diri tercapai,sekalipun negara dan bangsa sendiri rosak binasa..

fikir2kanlah...

Panglima Perang Cyber berkata...

Tindakan gantung dan nak buat sidang DUN tanpa perkenan Raja satu cara sangat tidak bermoral.

Sangat tidak beretika dan jelas nak tunjuk power.

Sayang mereka salah guna dan nampaknya politik KEBENCIAN menjadi teras tindakan pihak Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

BANYAK CANTIK KAU TERMIZI...NAK SOKONG APA NYA... KALAU NAK BUAT BUAT JUGA SIDANG DUN... KENA DATANG SEMUA... MANA BOLEH NAK KECUALIKAN YG 7 ORG TU.... KALAU DAH KECUALIKAN MEREKA... BADAK SUMBU PUN TAU YG PKR AKAN MENANG....UNDANG2 SIVA TU... TAK BOLEH PAKAI LAH...

SPEAKER TU WALAUPUN NIK AZIZ KATA TARAF DIA MCM RAJA...KENA PATUH... TETAPI ITU MACAM SAHAJA.... YG BETULNYA ... RAJA AZLAN SHAH TU KENA PATUH.... TINDAKAN YG DIA BUAT PUN MMG BETUL... WALAUPUN CARANYA TERSENDIRI TETAPI MENGIKUT UNDANG2 BUKAN HENTAM KROMO.... SIVA PUNYA STYLE NAMPAK MCM KARTUN... GANTUNG ORG LEPAS TU NAK BUAT SIDANG...NAK GANTUNG ORG PASAL APA....BUKAN DIORANG BUAT SALAH....SULTAN DAH BUAT MENGIKUT UNDANG2....KENAPA TAK GANTUNG SULTAN TU SEKALI....INDIRECTLY...

Tanpa Nama berkata...

Wahai AJYM....PAS mendesak pihak Polis mengenakan Akta Hasutan terhadap pemimpin tertinggi Umno terutama Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menyebabkan suasana tegang berlaku dalam negara dewasa ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan akibat daripada permainan politik pemimpin Umno yang terlalu memetingkan kuasa menyebabkan mereka telah menghasut Pemuda Umno bertindak menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen baru-baru ini.

"Ketegangan yang timbul dalam negara ini sehingga menyebabkan Pemuda Umno bertindak menyerang Karpal di Parlimen berpunca daripada apa yang ditimbulkan pemimpin tertinggi Umno.

"Permainan politik Umno yang terlalu mementingkan kuasa sehingga berlakunya rampasan kuasa di Perak baru-baru ini menyebabkan segala kekecohan ini. Apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno jelas tidak menghormati Parlimen sebagai institusi demokrasi," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan pemimpin Umno lupa sejarah yang mereka sendiri lakarkan pada tahun 1993. Pada tahun tersebut, Umno melalui Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubal perlembagaan negara bagi membolehkan Sultan diheret ke mahkamah.

Pada tahun itu, Pemimpin Umno sanggup mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu bagi memenuhi hasrat mereka untuk mengurang imuniti raja.

"Mereka yang usahakan untuk menjadikan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang pada tahun 1993. Apa yang dilakukan oleh Karpal seperti mahu menyaman Sultan Perak adalah memenuhi undang-undang dan mengikut apa yang pemimpin Umno sendiri mahukan bila mereka hapuskan imuniti raja-raja pada tahun tersebut," tegas Mahfuz.

Namun begitu tegas beliau, amat malang bagi rakyat negara ini kerana tindakan Karpal yang bertindak mengikut undang-undang itu dijadikan isu perkauman oleh pemimpin Umno.

Tanpa Nama berkata...

Hoi AJYM: TERDAPAT isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya:

DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.

Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

"Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong", jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.

"Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu," tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.

"Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi," tambahnya lagi.

Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata "pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN".

Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.

Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aziz menjelaskan, "Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan."

Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.

Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.

"Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu," ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.

Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

"Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama," tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.

Beliau berkata "jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan."

Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, "itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya."

Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.

"Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan," tegasnya.

Tanpa Nama berkata...

wei dolah kopi.. pas nak desak polis saman najib? memang bongok sungguh la parti ajaran sesat ko tu.