PARTI Rakyat Malaysia (PRM) sependapat dengan rata-rata rakyat di negara ini, langkah terbaik bagi mengatasi kemelut politik di negeri Perak sepatutnya dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan kemudian satu pilihanraya bagi seluruh negeri Perak diadakan untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat.
Presidennya, Hassan Karim mendakwa walaupun sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai 28 kerusi dan ada 3 kerusi Bebas yang dikatakan menyokong BN untuk membolehkan BN membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi kami berpendapat kelebihan majoriti 3 kerusi itu adalah tidak kukuh kerana 2 dari 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas itu sedang menghadapi tuduhan jenayah rasuah di mahkamah. Mereka ialah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu.
Beliau menegaskan sudah sampai masanya supaya satu undang-undang digubal bagi mencegah seseorang ADUN atau Ahli Parlimen yang bertanding atas nama satu-satu parti politik daripada melompat ke parti politik yang lain.
"Jika ia melompat bermakna kerusi itu kosong dan satu pilihanraya kecil diadakan bagi kawasan tersebut. Undang-undang seperti ini akan dapat membantu mewujudkan satu suasana yang tenteram dan stabil bagi sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas sesuatu pilihanraya umum walaupun kerajaan itu mempunyai majoriti yang nipis," ujar beliau.
PRM ujarnya, amat percaya dan tanpa niat untuk memperkecilkan mereka yang berkenaan bahawa ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menjadi ADUN Bebas telah memenangi pilihanraya di kawasan masing-masing pada 8 Mac 2008 lalu adalah atas sokongan kuat rakyat Behrang dan Changkat Jering terhadap KeADILan dan juga Pakatan Rakyat dan bukannya sangat atas kekuatan diri peribadi calon-calon itu sendiri.
Hassan menegaskan tindakan kedua-duan ADUN berkenaan meninggalkan KeADILan dan menjadi ADUN bebas yang menyokong BN telah menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah tumbang di Perak angkara khianat dan pembelotan politik mereka.
Katanya, itu satu tindakan yang bukan sahaja memalukan tetapi tidak menghormati aspirasi pengundi yang mengundi mereka dahulu atas platform parti politik yang mereka wakili ketika itu.
PRM turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan menyiasat dengan segera tentang laporan yang dibuat oleh seorang pemimpin KeADILan di Perak yang mendakwa terdapat usaha menyogok wang atau rasuah bermilion ringgit bagi memujuk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat melompat ke BN dan dakwaan ini dikaitkan dengan nama Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Pengerusi BN dan Ketua Perhubungan Umno Perak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan