KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 24, 2009

Anak muda tunjuk protes di SPRM Putrajaya, Rabu 11 pagi

AKHIR-AKHIR ini terdapat banyak perbincangan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini timbul selepas Pengarah SPRM, Ahmad Said mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa SPRM mempunyai cukup bukti untuk mendakwa MB Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu kereta dan lembu.

Ahmad Said dikritik hebat kerana membuat pengumuman terbuka sedangkan MB Selangor itu masih belum dibicarakan. Ini dilihat sebagai satu perbicaraan melalui media dan melibatkan Pengarah SPRM sendiri.

Selain daripada itu, sudah terlalu banyak kes-kes rasuah yang dilaporkan melibatkan pimpinan Umno/BN tetapi tidak ada sebarang tindakan.

Ini telah menyebabkan SPRM atau MACC digelar "Malaysian Agency for Cars and Cows" (Agensi Rakyat Malaysia untuk Kereta dan Lembu).

Diatas kesedaran ini, Solidariti Anak Muda Malaysia akan ke pejabat SPRM, 25 Febuari 2009 jam 11 pagi untuk membuat kejutan kepada mereka.

Himpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik; 25 Febuari 2009, Rabu 11.00 pagi di Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia. Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.

Tiada ulasan: