KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 07, 2009

SUK, Dr Abdul Rahman akan jadi penyebab BN jatuh selepas ini!

MENTERI Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa syukur semasa hadir ke SUK (6 Februari) tetapi terkejut dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim kerana bersikap kasar.

Kata Nizar, itu merupakan pertama kali Abdul Rahman bersikap begitu sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan beliau yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

"SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

"Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir," ujar Mentrei Besar Perak, Dato Seri MOhamad Nizar Jamaluddin kepada kakitangan dan pegawai Pejabat SUK.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terkejut dengan arahan yang sebagaimana? apakah sikap kasar yang dilakukan? Berhati-hati dalam penyampaikan berita/ [bila-bila masa dunia ini nak kiamat}terima kasih -penyabar yang mula-mula tak berapa sabar