Muqqadimah: Akibat tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti, majoriti mudah hilang dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan menabalkan Menteri Besar baru bagi pihak BN. Tuanku enggan membubarkan Dun dan mengarahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melatakkan jawatan Menteri Besar serta-merta. Sekaligus, ia menafikan hak-hak kerajaan asal mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Namun, Nizar enggan berbuat demikian lalu disitiharkan oleh BN sebagai derhaka terhadap Sultan. Apa yang jelas, kemelut ini mengundang "Krisis Perlembagaan" di Perak hingga kini mewujudkan dua Menteri Besar pada satu masa. Bagi menjejaki isu ini, AHMAD LUTFI OTHMAN dan TARMIZI MOHD JAM serta MUNIZAM ZAMRI memburu Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang sarat kontroversi ini di kediaman rasminya di Ipoh, 8 Februari lalu.
Kami difahamkan ada pandangan kononnya jika dibubar Dun, DAP akan meletakkan calon Melayu untuk dijadikan Menteri Besar. Sejauh mana isu ini dilagangkan?
Pada analisa saya, sebagai seorang bukan peguam. Letak jawatan saya tidak buat. Jadi, Umno buat cerita, jika Tuanku bubar Dun maka akan ada pilihan raya negeri. DAP akan letak calon Melayu. Maknanya untuk menjadikan rasional Tuanku suruh Menteri Besar letak jawatan untuk menyelamatkan bangsa Melayu kononnya. Jangan terlepas jawatan Menteri Besar kepada DAP.
Apa pula reaksi Pakatan Rakyat atau Dato' Seri apabila isu ini timbul?
Pakatan Rakyat buat satu sidang media yang mana Anwar Ibrahim mempertegaskan dan memberi keyakinan jika terbubar Dun dan pilihan raya diadakan, kalau Pakatan Rakyat menang, Menteri Besar adalah PAS iaitu Mohamad Nizar Jamaluddin.
Selesai isu itu.Walaupun kami menang majoriti. Kami bubuh siapa-siapa calon pun Menteri Besar adalah Mohamad Nizar Jamaluddin. Jadi patah dan kalahlah BN dalam serangan itu. Saya rasa sekarang hak saya tidak diberikan.
Menteri Besar tidak boleh diberhentikan selain yang dibenarkan oleh peraturan dan diterima oleh Tuanku. Tuanku boleh berhentikan dan gugurkan Exco Kerajaan Negeri tetapi tidak Menteri Besar. Menteri Besar kena digugurkan dalam konteks yang tiga tadi.
Maknanya, kedudukan Dato' Seri sebagai Menteri Besar masih sah disisi Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Mengapa Najib Tun Razak tergesa-gesa mengadap Tuanku Sultan dan meneruskan acara angkat sumpat Menteri Besar?
Desakan daripada Umno mereka hendak cepat supaya nak buang kerajaan ini cepat sikit dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu maka terpaksa akad sumpah. Saya merasakan ini tidak dapat kita pertahan. Walaupun kita kata hendak hantar in junction, nak injuksi macam mana?
Sudah terlambat. 6 hari bulan akad sumpah, maka berlakulah perlanggaran selainnya 'constitunional crisis'. Kini ada dua Menteri Besar yang belum lagi di 'disolve'kan.
Jawatan Menteri Besar yang lama itu tidak ada lagi hitam putih kata sudah berhenti. 'Disolution' Menteri Besar ini tidak ada lagi. Dewan Undangan Negeri tidak bersidang. Itulah rasminya dilihat rakyat.
Selagi tiada petanda rasmi yang jawatan Menteri Besar itu sudah digugurkan maka selagi itu Dato' Seri Menteri Besar yang sah? Begitu?
Ya, adanya sidang Dewan Undangan Negeri, maka akan ada usul undi tak percaya pada saya, hilanglah majoriti, keyakinan dan gugurlah saya. Rakyat dapat tengok. Tetapi tidak dibuat begitu. Tidak ada pembubaran Dewan Undangan Negeri, maka Menteri Besarnya adalah sah.
Sekarang, berlakunya perlanggaran Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, maka ada dua Menteri Besar. Sepatutnya Tuanku tidak benarkan angkat sumpah selagi tidak jelas mahkamah menetapkan bahawa kedudukan Menteri Besar sah atau tidak sah.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan