KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 15, 2009

50 tahun lagi, Utusan dan Berita Harian jadi sisipan! Padan muka hampa!


WARTAWAN, Salmiyah Harun melaporkan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mendakwa 50 tahun akan datang rakyat negara ini tidak dapat menatap Utusan Malaysia, Berita Harian kerana pada ketika itu kedua-dua kahbar ini sedah menjadi sisipan dalam NSTP.

Keadaan malang ini, sama dengan nasib yang menimpa Utusan Melayu yang kini sudahpun jadi sisipan, kata beliau dalam sidang media Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa Pustaka.

Jelasnya, senario inilah yang harus dipandang berat oleh semua pihak. Bagaimana pun, beliau kesal, amat malang perkara ini berlaku di tangan bangsa dan pemimpin sendiri.
Beliau yang lebih senang dipanggil Pak Samad menyifatkan penentangan pejuang bahasa secara jujurnya hari ini, tidak bermaksud membenci Bahasa Inggeris, malah memahami manfaat bahasa itu.

"Misalnya saya sebagai sasterawan, saya banyak membaca dalam sastera Inggeris tetapi saya merasakan sastera Malayu harus dibina dan saya menulis dalam Bahasa Melayu, keadaan ini berlaku di mana-mana," katanya.

"Mereka yang menyokong dasar PPSMI adalah calon penguncup bahasa, baik orang Umno atau di luar Umno," tegas beliau.

Dasar PPSMI yang sudah berjalan selama enam tahun sejak zaman Tun Mahathir Mohamad, tidak juga dihapuskan pada zaman Abdullah Badawi. Perkara ini, ujar Pak Samad dianggap begitu malang apabila tiada siapa yang mahu membetulkan kepincangan ini.

"Rancangan ini dilakukan jauh sudah lama ketika Dr Mahathir berkuasa, saya memandang bahawa Dr Mahathir sebagai pengasas penguncup bahasa dan PM sekarang adalah pelanjut penguncup bahasa begitu juga menteri Pelajarannya," kata beliau.

Beliau yang juga Penasihat GMP, mengakui dasar itu akan terus menguncupkan Bahasa Melayu sedikit demi sedikit dan keadaan ini akan jelas pada 50 tahun akan datang.

Tiada ulasan: