PARTI Rakyat Malaysia (PRM) berasa amat sedih dengan keputusan Sultan Perak mendesak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dan seluruh exco Kerajaan Pakatan Rakyat meletak jawatan bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di negeri itu.
Presidennya, Hassan Karim mempersoalkan kebijaksanaan Sultan Perak dalam membuat keputusan tersebut. Tanpa mempertikaikan kuasa budibicara Sultan di dalam Perlembagaan Negeri Perak untuk enggan memberi perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, tetapi di dalam Perlembagaan itu sendiri tidak memperuntukkan kuasa Sultan untuk memecat Menteri Besar.
Tegasnya, Sultan Perak lebih arif dalam soal undang-undang, lebih-lebih lagi mengenai Perlembagaan Negeri Perak itu sendiri. Di bawah Perlembagaan Negeri Perak, Sultan boleh memecat anggota Exco Majlis Kerajaan Negeri tetapi tidak ke atas Menteri Besar.
Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri, tegas Hassan.
Sultan Perak katanya, banyak bertitah soal pemerintahan yang baik dan peranan Raja-Raja dalam sistem demokrasi berparlimen serta Raja Berpelembagaan.
Hassan percaya inilah masanya Sultan Perak mempraktikkan apa yang dititahnya di negeri di bawah kuasanya sendiri. Beliau percaya Sultan Perak tentu bersetuju dengan prinsip demokrasi iaitu sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat tidak harus dijatuhkan akibat perbuatan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat parti.
Rakyat Perak memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir Perak pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu. Tetapi malang sekali pada 6 Februari 2009 BN yang kurang mandat dibenarkan kembali berkuasa di Perak dengan perkenan Raja dan membelakangkan kehendak rakyat jelata.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan