KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 07, 2009

Nizar enggan letak jawatan MB bukan derhaka, tapi pertahan Perlembagaan Negeri


TIMBALAN Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyanggah tanggapan sesetengah pihak bahawa tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Beliau sebaliknya menegaskan tindakan Nizar tersebut untuk mempertahankan perlembagaan negeri.

"Apa yang berlaku ini tidak melalui proses-proses yang tertentu. Yang dipertahankan hanyalah perlembagaan negeri. Bagi Menteri Besar Perak perlembagaan negeri ini jelas menunjukkan bahawa Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui proses-proses tertentu.

"Kita menjunjung kasih kepada Tuanku. Tetapi isu yang dipertahankan ialah perlembagaan negeri itu," tegasnya.

Ditanya sama ada akan timbul persepsi bahawa PAS menderhaka, persepsi begitu tidak dapat dielakkan tetapi PAS tetap berpendirian bahawa ia berkaitan dengan perlembagaan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan dia sndri ckp dia derhaka