SEMUANYA belum reda. Nizar Jamaluddin belum meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar. Tetapi BN Perak sudah menghantar tiga nama sebagai calon Menteri Besar kepada Tuanku Sultan. Dua darinya ialah Datuk Zamry Abdul Kader dan datuk Ramli Zahary, Setiausaha Umno Perak yang juga Adun Manong.
Pada jam 8 malam tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai Menteri Besar baru Perak. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Dr Zambry yang juga ketua Umno Bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok. Perdana Menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan