KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 06, 2009

Apakah Adun Hutan Melintang juga akan melompat selepas Zamry jadi MB Perak?

TIBA-TIBA seorang kawan di Tronoh SMS saya. Ada sumber tapi untuk lantunan umum. Macam kisah dua Adun PKR "hilang" bermula dari SMS yang dikatakan spekulasi, khabar angin, propaganda BN, akhirnya saya ikuti secara dekat dalam blog ini hingga segala-galanya terbongkar hari ini.

Sumber itu memberi tahu saya, seorang Adun Pakatan Rakyat bernama Kesavan, Adun Hutan Melintang sudah dihubungi oleh pimpinan MIC Pusat. Untuk apa dan kenapa, belum dimaklumkan kepada saya. Tetapi, berdasarkan senario hari ini, barangkali "tawaran" baru sudah dibuk a untuk runding terus mewujudkan seorang Adun untuk kegunaan masyarakat India di Perak.

Namun, semalam ketika berceramah di rumah kediaman rasmi Menteri Besar, Kasavan memperakui desas-desus itu. Dan sehingga kini tiada apa yang mengejutkan tentang dakwa tersebut kerana Kasaven tidak berminat untuk melompat. Namun, siapa tahu? Suasana sudah berubah...

Kemelut politik Perak belum berakhir. Sebaliknya ia baru bermula. Apa yang terjadi hari ini, pengajaran kepada semua pihak. Iktibar harus dikutip dan dikumpulkan sebagai strategi mengatur langkah esok.

Saya meneri sms seorang kawan di Ipoh memberitahu dalam dalam kelompok BN, tiada seorangpun Ahli Dewan Undangan Negeri dari kaum India. Semua calon MIC tumbang tak kebah pada pilihan raya umum lalu.

Tiada ulasan: