KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 27, 2009

Foto bogel: Hilmi hanya jadi 'saksi', bukannya 'suspek' kata Muhamad Sabtu Osman

"Buat masa ini, dia (Hilmi Malek) hanya sebagai saksi. Setakat ini, dia belum (jadi) suspek lagi," kata Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika ditanya sama ada lelaki awal 30-an itu satu-satunya suspek dalam kes itu


JIMADIE Shah Othman dari Malaysiakini melaporkan, polis akan memanggil bekas kekasih Elizabeth Wong sebagai "saksi" dan "bukan suspek" kes penyebaran foto bogel exco kerajaan Selangor itu, kata ketua polis Kuala Lumpur.

"Buat masa ini, dia (Hilmi Malek) hanya sebagai saksi. Setakat ini, dia belum (jadi) suspek lagi," kata Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika ditanya sama ada lelaki awal 30-an itu satu-satunya suspek dalam kes itu.

Setakat pengetahuan polis, tambahnya, bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu sekarang berada di Jakarta. Maklumat yang diterima oleh polis bahawa Hilmi berada di Kuala Lumpur tidak dapat disahkan.

"Soalan ini telahpun diajukan kepada saya, bahawa Hilmi dikesan berada di Kuala Lumpur. Tetapi sebenarnya kita belum lagi mendapat pengesahan sebarang pergerakan yang menunjukkan Hilmi berada di negara kita," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur petang ini.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan 14 orang berhubung kes tersebut, katanya lagi. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu terbabit atau latar belakang mereka. Muhammad Sabtu juga enggan mengulas sama ada polis akan meminta bantuan agensi polis antarabangsa Interpol untuk menjejak Hilmi.

Ditanya sama ada Elizabeth dipanggil semula memberikan keterangannya bagi membantu siasatan, beliau berkata: "Belum lagi setakat ini. Ini bergantung kepada siasatan kita. "Beliau juga berkata, tiada tempoh tertentu untuk menutup siasatan kes itu kerana ia bergantung kepada bukti yang ada. Kalau bukti kukuh, cepatlah," katanya.

Tiada ulasan: