HARAKAH terus jadi sasaran kebencian pemimpin BN. Pengaruh Harakah tidak dapat dinafikan sesiapapun. Dalam pa jua isu, Harakah menjadi rujukan untuk banyak pihak buat keputusan.
Pemimpin BN juga membaca Harakah bagi mengikuti perkembangan parti musuhnya, PAS. Apa yang terjadi di Perak benar-benar mencemaskan BN. Rakyat bangkit dan jika Harakah tidak disekat, ceramah tidak dilarang sudah tentru Bn akan ruyub sepenuhnya tidak lama lagi.
Kuasa yang ada pada Syed Hamid terpaksa digunakan bagi mengambil tindakan. Tujuannya jelas uyntuk menyekat pengrauh PAS dan Pakatan Rakyat yang dipencarkan melalui Harakah.
PAS menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Syed Hamid Albar berhubung isu akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang dirampas.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan apa yang dilakukan oleh KDN sebagai menyekat amalan kebebasan media di negara ini sekaligus membantut penyebaran maklumat kepada rakyat. Beliau berkata kenyataan Syed Hamid yang mendakwa Harakah menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan merupakan satu kenyataan yang tidak berasas.
"Jika Harakah membuat fitnah kenapa pihak yang difitnah tidak mengambil tindakan mahkamah? Kenapa pula Syed Hamid yang mesti menjadi jurucakap kepada pihak lain kalau benar ada fitnah?" soal beliau yang juga Pengarah Urusan Harakah.
Selain itu kata beliau, media arus perdana yang dikuasai oleh BN lebih banyak melaporkan atau menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan. Setiap hari kata Kamaruddin, media siar milik BN memfitnah Pakatan Rakyat terutama dalam isu-isu yang berlaku di Perak sekarang ini.
"Tiap-tiap hari akhbar dan stesen TV milik BN melakukan pembohongan dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat dan cuba mempengaruhi rakyat dengan dakwaan bahawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka.
"Media siar milik BN lebih banyak menyiarkan berita berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan dan ini menyalahi etika serta menghina daya intelektual rakyat," tegas beliau.
Malah, dakwa Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, media siar milik BN juga lebih banyak menyiarkan berita yang berunsur perkauman dan tidak memberi sumbangan kepada pembangunan rakyat.
Syed Hamid baru-baru ini menyifatkan Harakah dan Suara Keadilan sebagai tempat menyebarkan fitnah, hasutan dan pembohongan ketika diminta mengulas tindakan KDN merampas dua buah akhbar tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan